kuantan Pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Kuantan atas 12 pertuduhan membabitkan kes rogol, cabul, menyamar polis dan samun sejak Jun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Harsono Bakri, 27, membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah dan Hakim Sazlina Safie. Mengikut pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Harsono didakwa dengan tujuh pertuduhan samun dan masing-masing satu dengan pertuduhan rogol, cabul dan menyamar polis.
Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu pada Jun hingga Ogos lalu di beberapa lokasi sekitar daerah ini membabitkan wanita berusia lingkungan 20-an. Pertuduhan samun dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan boleh didenda atau sebat. Manakala pertuduhan rogol dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun penjara serta boleh dikenakan sebatan. Babi kes cabul, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dengan peruntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana mana daripada dua hukuman itu manakala menyamar polis mengikut Seksyen 170 kanun sama dengan peruntukan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. Pendakwaan di Mahkamah Majistret dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Wan Azreen Wan Zaid manakala di Mahkamah Sesyen dikendalikan TPR Haryati Abdullah dan tertuduh tidak diwakili peguam.Tertuduh kemudian dibenarkan ikat jamin RM71,000 bagi semua pertuduhan di Mahkamah Sesyen sementara Mahkamah Majistret tidak menawarkan sebarang jaminan. Mahkamah Sesyen dan Majistret kemudian menetapkan 17 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua kanak-kanak cilik ditahanTumpat Dua beradik lelaki berusia 10 dan 11 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan terhadap siri kebakaran yang berlaku di Kampung Padang Pohon Tanjong, Wakaf Bharu, Tumpat.
Read more »
Simpanan lesap selepas 'pegawai polis' gagal pulang wang | The Malaysian InsightAhli sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai atasan polis ketika menipu mangsa.
Read more »
Kecundang jua akhirnya...johorbharu Seperti tidak sedar mereka diburu polis selepas terbabit insiden samun dan melepaskan tembakan sehingga seorang warga emas maut di Kangkar Tebrau pada Jumaat lalu.
Read more »
Beli motosikal RM50?JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan melelong 105 kenderaan pada 25 September ini membabitkan 81 kereta, 20 motosikal, tiga van dan satu lori.
Read more »
Badan Peguam gesa polis adil siasat kes fitnah Zakir, wakil rakyat | The Malaysian InsightBadan Peguam gesa polis adil siasat kes fitnah Zakir, wakil rakyat
Read more »
Akhirnya 'kantoi' juga...HAMPIR tiga bulan hidup ‘bebas’, lelaki yang menyamun dan mencederakan seorang wanita ditahan polis di sebuah rumah di Lebuh Bukit Kecil, Bayan Lepas, dekat Georgetown, malam tadi.
Read more »




