GUA MUSANG: Seorang pemandu dan kelindan lori ais terkejut melihat seekor harimau belang berkeliaran di jalan dekat Bukit Meranto di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, pemandu lori, Che Fiti Zulhilmi Che Leh, 22, sempat merakam pergerakan haiwan liar tersebut yang berjalan di kawasan berkenaan.
Che Fiti Zulhilmi berkata, semasa kejadian dia bersama kelindan, Mohd. Amir Saari, 25, dalam perjalanan pulang dari arah Jeli menuju ke Gua Musang.“Harimau tersebut kemudiannya melompat besi penghadang jalan dan masuk ke dalam semak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Che Fiti Zulhilmi memberitahu, dia berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara menangkap segera harimau belang itu.
Katanya, jika tiada tindakan segera diambil berkemungkinan besar haiwan liar itu boleh mengganggu pengguna jalan raya sekali gus mengundang risiko kemalangan. Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya telah menerima aduan berkaitan kejadian yang berlaku semalam.Terdahulu tular rakaman video yang memaparkan kelibat seekor harimau belang berkeliaran di jalan bukit dekat Mentaro semalam.-UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemandu lori ais terkejut lihat pak belang di laluan Gua Musang-JeliGUA MUSANG: Seorang pemandu lori ais dan kelindannya mendakwa terserempak dengan harimau belang ketika melalui jalan Gua Musang-Jeli di kawasan Bukit ...
Read more »
Kelantan Customs seize 1.86m sticks of contraband cigarettes in Gua MusangKOTA BHARU: The Customs Department (JKDM) seized a total of 1.86 million cigarettes worth RM1.45 million including tax in a raid at Taman Wira Perdana...
Read more »
Gua Musang rekodkan demam Malaria tertinggi di KelantanGUA MUSANG: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan Gua Musang menjadi kawasan yang berisiko berdepan penyakit demam Malaria selepas merekodkan jumlah kes tertinggi di negeri ini sejak Januari hingga awal September.
Read more »
Kastam Kelantan rampas rokok seludup RM1.45 jutaRampasan itu dilakukan dalam serbuan di Taman Wira Perdana di Gua Musang 17 Sept lalu.
Read more »
Wanita terjun jambatan terselamatMenerima panggilan telefon daripada seorang rakannya memaklumkan seorang wanita terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra.
Read more »
Nahas 14 kenderaan: Pemandu treler didakwa memandu secara berbahayaPUTRAJAYA: Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan minggu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengorbankan dua nyawa.
Read more »