Pemandu e-hailing didakwa cabul penumpang wanita
SEPANG: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian cabul yang dipercayai dilakukan seorang pemandu e-hailing terhadap penumpang wanita ketika dalam perjalanan ke Terminal KLIA 2 pada 16 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia lingkungan 20-an telah menempah perkhidmatan e-hailing sebelum suspek dipercayai meminta wanita itu duduk di tempat duduk hadapan kenderaan. Menurut beliau, ketika dalam perjalanan, suspek dipercayai bertindak menyentuh paha kanan mangsa sebanyak dua kali tanpa kerelaannya sebelum mangsa mengambil keputusan keluar dari kenderaan berkenaan.
“Suspek merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an dan telah dikenal pasti. Keterangan suspek juga telah dirakam bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan siasatan telah dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya. Dalam pada itu, Norhizam menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.
Katanya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemandu, dua kelindan maut lori ayam rempuh treler parkir tepi jalanPemandu, dua kelindan maut lori ayam rempuh treler parkir tepi jalan
Read more »
Pemandu elak motosikal rempuh kenderaan diparkir di bahu jalanSebuah kereta yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum merempuh beberapa motosikal yang diparkir di bahu jalan di Jalan Santuari Utama, Wangsa Maju, awal pagi semalam selepas dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal yang keluar dari simpang.
Read more »
Pemandu mengantuk disyaki punca lori ayam rempuh treler parkir tepi jalanTANAH MERAH: Kemalangan yang mengorbankan tiga lelaki yang menaiki sebuah lori membawa muatan ayam dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan tersebut mengantuk sebelum terbabas merempuh treler diparkir di tepi jalan Kota Bharu-Machang-Jeli dekat Batu 6 di sini hari ini.
Read more »




