Pelatih Palapes meninggal dunia: KPT tunggu laporan pihak universiti
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi akan mendapatkan laporan penuh daripada sebuah universiti tempatan berhubung kes seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang dilaporkan meninggal dunia pada 13 November lalu.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu laporan berkaitan daripada pihak universiti berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil. “Kita akan tunggu laporan daripada pihak ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sidang Idea Malaysia sempena Festival Idea Putrajaya 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Awal hari ini, sebuah portal melaporkan seorang pelatih Palapes daripada sebuah universiti tempatan meninggal dunia pada 13 November lalu selepas bapa mangsa mendakwa anaknya didera secara fizikal. Memetik laporan media, bapa mangsa turut mendakwa anaknya mengalami pelbagai penderaan termasuk dipijak dada serta dipaksa melakukan pelbagai aksi termasuk seperti kuda dan ditunggang oleh jurulatih. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tentera upahan: KPT belum terima laporan lengkapTentera upahan: KPT belum terima laporan lengkap
Read more »
KPT teliti cadangan saringan kesihatan minda pelajar IPTKPT teliti cadangan saringan kesihatan minda pelajar IPT
Read more »
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina NabiMANJUNG: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi M...
Read more »
KPT buat siasatan dalaman kes pensyarah hina NabiKementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melakukan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pensyarah Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan menghina Nabi Muhammad dalam satu konvensyen baru-baru ini.
Read more »
KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganjaKANGAR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes melibatkan empat pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IP...
Read more »
KPT plans more sponsorship for subspecialty programmes, sabbaticals for public varsity lecturersKUALA LUMPUR: The Ministry of Higher Education (KPT) aims to provide more sponsorship at the level of subspecialty programmes and sabbaticals to uplif...
Read more »