Pelajar tingkatan empat maut gagal potong lori tangki

Malaysia News News

Pelajar tingkatan empat maut gagal potong lori tangki
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Gagal memotong sebuah lori tangki, seorang pelajar tingkatan empat menemui ajal selepas terlibat nahas membabitkan tiga motosikal di Jalan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila mangsa, Muhammad Habil Ammar Mohd. Haidhir, 16, dan rakannya masing-masing menunggang motosikal jenis Honda RS150R cuba memotong lori berkenaan dari arah Bukit Rambai ke Tangga Batu.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Azry Akhmal Azhim Afaruzi, 17, mengalami patah bahu kiri dan luka-luka.“Mangsa kemudian merempuh sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan jenis Honda EX5 yang ditunggang seorang operator kilang berusia 19 tahun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, pemeriksaan awal mendapati, mangsa yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai tidak mempunyai lesen memandu, selain motosikal ditunggangnya telah tamat cukai jalan pada Mac 2022. Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kedua-dua pelajar itu dikatakan ingin ke Tangga Batu untuk berjumpa dengan rakan mereka. Operator kilang yang dirempuh juga tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalannya telah tamat tempoh pada Oktober 2017,” jelasnya. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Bekas hakim, ahli perniagaan gagal dapatkan semula wang lucut hak RM182,100Bekas hakim, ahli perniagaan gagal dapatkan semula wang lucut hak RM182,100PUTRAJAYA: Seorang bekas hakim dan seorang ahli perniagaan sekali lagi gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan semula wang RM182,100 yang dirampas...
Read more »

Bekas hakim, ahli perniagaan gagal rayuan tuntut RM182,000Bekas hakim, ahli perniagaan gagal rayuan tuntut RM182,000Mahkamah Rayuan mendapati SPRM memenuhi semua syarat di bawah undang-undang untuk membuktikan kes.
Read more »

Gagal tarik sokongan bukan Islam kerana maklumat tepat tak sampai, tegas HadiGagal tarik sokongan bukan Islam kerana maklumat tepat tak sampai, tegas HadiHadi Awang mendakwa maklumat berkaitan PAS sangat terhad termasuk di media sosial.
Read more »

Bekas hakim, ahli perniagaan gagal dapat semula wang RM182,100 yang dirampas SPRMBekas hakim, ahli perniagaan gagal dapat semula wang RM182,100 yang dirampas SPRMPUTRAJAYA: Bekas Hakim Mahkamah Sesyen, Azmil Muntapha Abas dan seorang ahli perniagaan gagal segala usaha bagi mendapatkan semula wang RM182,100 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), empat tahun lalu.
Read more »

Ramai pesakit kencing manis gagal pulih sebab tidak jaga makanRamai pesakit kencing manis gagal pulih sebab tidak jaga makanPesakit kencing manis gagal untuk pulih atau menjalani hidup lebih baik. Isunya bukan kerana tidak mengambil ubat mengikut saranan doktor.
Read more »

PAS gagal tarik sokongan bukan Melayu jika tak berubah, kata pemimpin DAPPAS gagal tarik sokongan bukan Melayu jika tak berubah, kata pemimpin DAPTimbalan Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata PAS di bawah pimpinan Hadi Awang sekarang ‘menakutkan’ orang bukan Melayu.
Read more »



Render Time: 2025-04-23 14:08:37