Katanya senang kalau tertinggal telefon bimbit atau terlupa bawa pas vaksin
ROM: Seorang pelajar menjadi sensasi media sosial apabila mencacah tatu berbentuk kod bar vaksinasi Covid-19 pada bahagian lengannya.
Lapor News 18, Andrea Colonnetta berkata, dia tidak berfikir panjang untuk membuat tatu tersebut memandangkan imbasan kod bar vaksinasi sudah menjadi satu keperluan ketika ini.Lagipun, saya tidak perlu mengeluarkan telefon untuk menunjukkan bukti saya sudah divaksin.Penduduk Itali yang sudah lengkap vaksinasi akan diberi pas hijau sebagai bukti dan boleh digunakan untuk memasuki pelbagai tempat termasuk premis perniagaan dan kemudahan lain.
Dalam pada itu, Colonnetta memberitahu, biarpun dia mendapat perhatian dalam media sosial, ibu bapanya menasihatkan supaya dia bersederhana dan sebolehnya menggunakan pas yang disediakan.“Tatu kod bar ini sebagai alternatif sekiranya saya tertinggal pas hijau atau telefon bimbit,” ujarnya. Satu video yang dimuat naik dalam TikTok baru-baru ini menunjukkan Colonnetta mengimbas kod bar pada lengannya sebelum memasuki restoran makanan segera McDonald’s.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tandatangan digital berkriptografi elak pemalsuan sijil vaksinasi Covid-19 - Utusan DigitalPengarah Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Muhammad Rezal Kamel Ariffin berkata, sesuatu pembekal aplikasi digital tidak dapat menentukan kesahihan suatu transaksi maklumat digital tanpa penggunaan tandatangan…
Read more »
Blok pembangkang kesal sidang DUN Melaka tangguhBlok pembangkang menyatakan kekesalan selepas kerajaan negeri menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang sepatutnya berlangsung 6 September kepada 20 September depan.
Read more »
Pasar Awam Tambun Indah pula jadi 'mangsa' Covid-19 - Utusan DigitalDatuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, ketika ini sebanyak tujuh kes positif dikesan di situ membabitkan seorang peniaga, empat pekerja serta dua kakitangan MBSP sendiri.
Read more »
Covid-19 sepatutnya menginsafkan pemimpin - Sultan Nazrin - Utusan DigitalManusia, pada saat menghadapi bencana berat yang sedang melanda ini, wajib mendalami lubuk hati, menyelami daya fikir, agar dapat menginsafi tentang kemungkinan jatuhnya sesebuah identiti politik, kerajaan, negara dan tamadun, jika sesebuah negara tidak…
Read more »