Ditahan semasa dalam perjalanan menghantar dadah bernilai kira-kira RM104,000 itu dari Johor ke Lembah Klang UtusanOnline UtusanMalaysia BeritaUtusan
Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan semasa dalam perjalanan menghantar dadah bernilai kira-kira RM104,000 itu dari Johor ke Lembah Klang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi.
“Kami menahannya semasa dia berhenti rehat di Seremban Gateway dan menemukan dadah itu disimpan di dalam sebuah kotak di tempat duduk belakang kereta. “Polis percaya terdapat sindiket dadah berkaitan kes ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.
Mohamad berkata, polis turut menyita barang kemas dan kenderaan digunakan oleh suspek, manakala ujian saringan air kencing ke atasnya negatif penyalahgunaan dadah. Jelas beliau, suspek ditahan reman selama lapan hari bermula 8 Mac lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.“Suspek juga didapati mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
South Africa's Tahir to end one-day career after World CupTahir has taken 156 wickets in 95 ODI matches with an economy rate of 4.65.
Read more »
3 pekerja Invoke bebas selepas ditahan miliki ganjaMereka bertiga ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Mutiara, Jinjang, Ahad lalu.
Read more »
Lelaki ditahan miliki dadah jenis heroin, syabuJEMPOL 6 Mac - Seorang pengedar dadah berusia 46 tahun ditahan polis di tepi jalan dari arah Jelai ke Batu 10 dekat sini kira-kira pukul 1.12 pagi semalam.
Read more »
Penganggur dijel, sebat miliki heroinPENGANGGUR dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan memiliki heroin seberat 8.35 gram, tahun lalu.
Read more »
Dua warga Singapura ditahan miliki dadahKUALA LUMPUR 10 Mac - Dua lelaki warga Singapura antara ditahan kerana memiliki dadah dalam serbuan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Kompleks Sun, Bukit Bintang, di sini awal pagi tadi.
Read more »
Dua warga Singapura ditahan miliki dadahkualalumpur Dua warga Singapura antara pengunjung yang ditahan selepas didapati memiliki dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kompleks Sun, Bukit Bintang, Kuala Lumpur awal pagi ini.
Read more »
PDRM miliki keupayaan teknologi tinggi kesan pengganasALOR SETAR 11 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memiliki kemampuan tinggi untuk memintas, mengesan dan mematahkan segala aktiviti berunsur keganasan walaupun pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan terhadap pendekatan &8216;mesra pelancong&8217; ke negara ini.
Read more »
Lelaki miliki satu testis bukan penyebab tidak suburBukan masalah testis tetapi kuantiti sperma adalah peranan utama kesuburan.
Read more »