Pekerja ladang disyaki rogol 19 tahun lalu dibebas dengan jaminan polis

Malaysia News News

Pekerja ladang disyaki rogol 19 tahun lalu dibebas dengan jaminan polis
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Suspek sebelum ini ditahan menerusi maklumat yang diperoleh daripada data profil asid deoksiribonukleik (DNA).

IPOH: Seorang pekerja ladang yang dipercayai dalang kes rogol di Bagan Serai 19 tahun lalu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 40 tahun itu sebelum ini ditahan reman tujuh hari selepas diberkas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Khamis lalu. Katanya, pihaknya kini dalam proses melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek sebelum ini direman empat hari dan disambung tiga hari lagi bagi reman kedua untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Polis kini dalam tindakan melengkapkan siasatan dan kita akan rujuk kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Lelaki yang mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah itu dilaporkan diberkas Khamis lalu oleh JSJ Bukit Aman kerana disyaki terlibat dalam kes rogol pada tahun 2003. Pengarah JSJ, Datuk Seri Abd. Jalil dalam kenyataannya berkata, suspek ditahan menerusi maklumat yang diperoleh daripada data profil asid deoksiribonukleik . – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-03-01 18:17:25