Syed Saddiq sedang dibicarakan terhadap pertuduhan pindaan bersubahat dengan Rafiq melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta sebuah parti politik dengan menyalahgunakan dana tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas berpuas hati tiada percanggahan yang material di antara keterangan lisan Rafiq Hakim Razali dengan percakapan yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia .
Pada 25 Julai lalu, beliau mengarahkan pasukan pendakwaan menyerahkan kepada mahkamah salinan rakaman percakapan Rafiq yang juga saksi pendakwaan ke-13 yang direkodkan oleh SPRM pada 2020 lalu. Permohonan hari ini merupakan percubaan kedua pasukan pembelaan untuk mencabar kredibiliti Rafiq selepas permohonan terdahulu ditolak pada 18 Julai lalu.
Namun, ketika pemeriksaan balas, Rafiq berkata Syed Saddiq hanya menyebut jumlah RM1 juta itu dalam satu panggilan telefon. Syed Saddiq juga didakwa atas pertuduhan pindaan menyalahgunakan harta RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut.
Syed Saddiq turut didakwa atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Janda Baik sebagai bandar kembar Kuala LumpurJanda Baik sebagai bandar kembar Kuala Lumpur
Read more »
Bekal RM18 ke Kuala Lumpur“Banyak pengalaman pahit yang saya lalui sepanjang bergelar artis. Kena tipu dan tak dibayar itu sudah menjadi perkara biasa'.
Read more »
Para Uskup jangkau orang miskin dan gelandangan sekitar Kuala LumpurHerald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »
Kuala Lumpur antara 6 bandar di dunia paling disukai ekspatriat“Di Kuala Lumpur juga kami terkejut apabila cukup meriah dengan aneka makanan dan bahasa pertuturan selain sikap ramah warganya.”
Read more »
Elderly woman found dead in KL lakeKUALA LUMPUR: A woman was found dead in a lake in Perdana Botanical Garden.
Read more »