Franceso 'Pecco' Bagnaia memastikan pelumba Itali kembali menjadi juara dunia Motogp selepas kali terakhir ia dilakukan oleh Valentino Rossi pada 2009.
Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia memastikan gelaran juara dunia Motogp menjadi miliknya selepas menamatkan perlumbaan terakhir musim ini di Litar Gran Premio Motul de la Comunitat Valenciana di tempat kesembilan, sekaligus menghampakan impian pencabarnya dari Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo untuk mempertahankan kejuaraan.
Bagnaia yang mesra disapa “Pecco” hanya memerlukan dua mata sahaja untuk memenangi kejuaraan, dan kedudukan kesembilan perlumbaan sudah cukup untuk dia mengumpul keseluruhan 258 mata, sementara Quartararo pula yang menghabiskan perlumbaan di tempat keempat akur untuk berada di belakang Bagnaia dalam carta keseluruhan dengan 235 mata.
Perlumbaan berlangsung begitu sengit apabila jentera Bagnaia bergesel dengan jentera Quartararo yang terdesak memburu kejuaraan, sehingga menyaksikan winglet jentera Bagnaia tercabut. Perlumbaan akhirnya dimenangi pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins yang dianggap sebagai penutup musim yang indah buat pasukan Jepun itu memandangkan Suzuki tidak lagi akan menyertai saingan Motogp pada musim hadapan. Brad Binder dan Jorge Martin melengkapkan kedudukan podium untuk perlumbaan ini.
Bagi Bagnaia ini merupakan kejayaan pertamanya menggengam gelaran juara Motogp, sekaligus menamatkan penantian 15 tahun pasukan Ducati yang kali terakhir dimenangi menerusi Casey Stoner pada 2007. -UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Liek Hou jadi juara dunia lagiPemain kelahiran Kuala Lumpur itu menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan keputusan 21-14, 21-12 dalam tempoh 33 minit untuk bergelar juara dunia.
Read more »
Sri Paus dan pemimpin agama dunia seru gencatan senjata universalHerald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »
Aaron Carter meninggal duniaAaron ditemukan tidak bernyawa di kediamannya di Lancaster, California.
Read more »
Pengundi pertama pilihan raya India meninggal dunia pada usia 105 tahunPengundi pertama pilihan raya India meninggal dunia pada usia 105 tahun
Read more »
Kehadiran Bonnie suntik semangat Azri raih emasKehadiran juara dunia dan Paralimpik, Bonnie Bunyau Gustin menaikkan semangat Wan Nur Azri Wan Azman untuk merangkul pingat emas Para Sukma biarpun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan otot bahu.
Read more »