PAU 2023: Akar umbi Umno perlu lapang dada Anwar hadir, kata Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno disyor menumpukan isu besar seperti persediaan PRN di enam negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Jun, 2023. AKAR umbi Umno perlu berlapang dada dengan kehadiran wakil parti dalam kerajaan perpaduan khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Perhimpunan Agung Umno 2023 dari 7 hingga 10 Jun ini, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan.
Beliau berkata, ini kerana langkah menjemput wakil daripada 19 parti politik dalam kerajaan perpaduan termasuk Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan adalah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri. “Dalam satu gabungan sebegini, kita kena berlapang dada dalam menerima kehadiran pimpinan, sebab kita dalam angkatan untuk berada dalam perang politik yang lebih besar iaitu PRN di enam negeri,” katanya pada sidang media di pejabat Badan Perhubungan Umno Johor di Johor Bahru hari ini. Ahmad yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor berkata demikian ketika ditanya sama ada kehadiran presiden parti politik gabungan kerajaan perpaduan pada perhimpunan agung Umno tahun ini akan menimbulkan ketidaksenangan hati akar umbi atau sebaliknya. Selain Anwar yang juga Presiden PKR, pemimpin parti lain yang mengesahkan kehadiran mereka ke perhimpunan itu adalah Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg. Sementara itu, Ahmad yang juga timbalan menteri kewangan berkata pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno disyorkan menumpukan isu besar seperti persediaan PRN di enam negeri, masalah yang membelenggu di Kelantan dan Terengganu serta dakwaan Pulau Pinang milik Kedah. “Ini sekadar cadangan, saya tidak boleh arah, namun berharap perhimpunan itu dijadikan sebagai pembukaan gelanggang PRN negeri selain menonjolkan kejayaan positif negeri di bawah pimpinan kerajaan perpaduan seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang,” katanya. – Bernama, 4 Jun, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Embrace the future of cutting-edge manufacturing at Metaltech and Automex 2023KUALA LUMPUR: The Metaltech and Automex exhibitions opens at the Malaysia International Trade and Convention Centre (Mitec), welcoming top global industry players from the machinery and automation industries for a week filled with gilt-laden business and networking opportunities.
Read more »
Anwar Ibrahim, DAP akan hadir ke PAU 2023Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 minggu depan mencipta sejarah apabila menyaksikan pemimpin parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke perhimpunan tersebut.
Read more »
Terima kasih hadir PAU, kata Zahid pada Abang JoPresiden Umno berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan Shafie Apdal juga akan hadir ke PAU 2023.
Read more »
Sila datang PAU jika rindu, Zahid beritahu bekas ahli UmnoPresiden Umno itu berkata bekas ahli boleh datang sebagai pemerhati dan mengubat kerinduan pada suasana meriah perhimpunan.
Read more »




