Patutkah Najib diberi pengampunan?

Malaysia News News

Patutkah Najib diberi pengampunan?
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 169 sec. here
  • 4 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 71%
  • Publisher: 51%

Patutkah pengampunan diberi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak jika BN memenangi PRU15? Saya juga berpendapat tidak. - Tun Abdul Hamid Mohamad

DI awal tahun 1970-an, Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor, dituduh menerima rasuah berjumlah RM250,000. Pertuduhan dengan jelas mengatakan wang itu diterima untuk UMNO.

Apabila Pakatan Harapan menang PRU14 dan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau pun menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pengampunan kepada Anwar. YDPA pada masa itu menzahirkan perkenan Baginda, menerima Anwar menghadap, memaklumkan beliau bahawa beliau diampun kerana ketidakadilan telah dilakukan terhadapnya, semua ini berlaku sebelum Majlis Pengampunan bersidang. Itu adalah satu kesilapan.

Mereka tentu menghujahkan jika Dr. Mahathir boleh menghadap YDPA dan memohon pengampunan kepada Anwar, mengapa PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob tidak boleh berbuat demikian untuk Najib bekas bosnya dalam UMNO dan kerajaan? Bagi Datuk Seri Dr.

Kelima penolakan permohonan supaya Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri kerana kenyataan yang dimuatnaikkan oleh suaminya dalam Facebooknya pada 11 Mei 2018 dan suratnya kepada Majlis Peguam bahawa beliau tiada bantahan jika peguam-peguam akan memohon penangguhan untuk menghadiri acara Walk of Justice pada 17 Jun 2022 yang berkaitan dengan Mohd. Nazlan.

Mengenai alasan kedua, penangguhan terletak dalam budibicara mahkamah. Mahkamah mempunyai fakta lengkap di hadapannya untuk memutuskannya. Kita hanya boleh membuat anggapan. Selepas itu Peguam Negara digantikan dengan Tan Sri Tommy Thomas, seorang peguam swasta yang tidak pernah melihat kertas siasatan, apatah lagi mendakwa dan peguam kepada Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya yang, kemudiannya, tidak meneruskan pendakwaan, sebagai Peguam Negara.

Atas asas apa Tommy memilih Tengku Maimun? Adakah ia dilakukan dengan harapan Tengku Maimun akan merasa terhutang budi kepadanya, kepada Dr. Mahathir dan Kerajaan PH dan akan menyebelahi mereka dalam penghakimannya? Saya tidak fikir faktor itu tidak termasuk dalam perkiraannya. Bahawa Dr. Mahathir bersetuju tidak menghairankan kerana beliau pernah berbuat hal yang serupa semasa menjadi Perdana Menteri kali pertama.

Dalam kes ini, tindakan Ketua Hakim Negara itu dalam menetapkan bilangan hakim untuk mendengar rayuan ini dan pemilihan hakim-hakim itu menguatkan lagi persepsi bahawa beliau mahu Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Alasan keempat ini dan cara Tengku Maimun menangani isu Mohd. Nazlan tidak membantu menunjukkan kebebasannya tetapi ia tidak boleh menjadi alasan bagi Lembaga Pengampunan memberi pengampunan kepada Najib kerana, saya ulangi, bukanlah tugas atau bidangkuasa Lembaga Pengampunan menjadi mahkamah rayuan daripada Mahkamah Persekutuan untuk mencari salah mahkamah itu dan mengenepikan penghakimannya atau kesan penghakimannya.

Bagaimana jika pengampunan hendak diberi selepas PRU15 dan BN memenanginya? Keadaan ini menyerupai keadaan yang melibatkan Anwar, bezanya Najib tidak diwarwarkan akan menjadi Perdana Menteri seperti Anwar. Zahid tentu tidak akan membiarnya berlaku. Dalam kes Najib ini, beliau didapati bersalah pada 23 Ogos 2022. Pada 2 September 2022 beliau memfail petisyen pengampunan. Sekarang semua orang menunggu bilakah Lembaga Pengampunan akan bersidang dan apakah keputusannya.

Perlembagaan tidak mengatakan atas alasan apa pengampunan patut diberi. Kes Datuk Harun dan Datuk Mokhtar adalah dua contoh ahli politik diampunkan, tanpa dipolitikkan. Penghakiman mahkamah tidak dipertikaikan. Pengampunan diberi atas dasar perikemaknusiaan. Kes Anwar mengubah amalan itu.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Najib’s Son Likens His Father's Imprisonment To Mandela, Saying That He Will Emerge As A Better Person | TRPNajib’s Son Likens His Father's Imprisonment To Mandela, Saying That He Will Emerge As A Better Person | TRPMany African citizens lost belief in humanity when Mandela was imprisoned, but many Malaysians restored hope in democracy when it was Najib’s downfall.
Read more »

‘Najib still MP until his pardon petition is settled’‘Najib still MP until his pardon petition is settled’PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak will remain as Pekan MP until his petition seeking a royal pardon is finalised, says Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Read more »

Najib kekal ahli Parlimen Pekan sehingga pengampunan dibereskan, kata speaker | The Malaysian InsightNajib kekal ahli Parlimen Pekan sehingga pengampunan dibereskan, kata speaker | The Malaysian InsightKedudukannya sebagai ahli Parlimen akan ditentukan selepas Agong buat keputusan, kata Azhar.
Read more »



Render Time: 2025-02-27 04:25:33