Patuhi undang-undang ketika luah simpati, rasa marah isu Palestin

Malaysia News News

Patuhi undang-undang ketika luah simpati, rasa marah isu Palestin
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 36 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Undang-undang negara masih perlu dipatuhi ketika meluahkan rasa marah kepada rejim Zionis Israel yang bertindak kejam terhadap Palestin, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Pada masa sama beliau tetap menyeru rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa simpati dan sokongan kepada rakyat Palestin yang tertekan akibat tindakan kejam Israel.“Namun demikian dalam apa keadaan sekalipun kita mesti patuhi undang-undang dan peraturan yang ada. Nyatakan kemarahan dan kekecewaan kita kepada Israel, namun dalam waktu yang sama kita mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu utama dalam majlis perasmian penutup Himpunan Anak-anak Gayong Serantau dan Se-Malaysia Edisi Ke-2 di sini hari ini. Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata partinya sedia melaksanakan misi bantuan ke Gaza sepertimana yang kerap dilakukan sebelum ini.

Dalam majlis yang dihadirinya, beliau memuji kesungguhan dan usaha untuk terus mengangkat seni pertahanan diri orang Melayu terutama dalam kalangan generasi muda. “Saya percaya seni persilatan ini dapat membina jati diri yang baik, sikap hormat-menghormati, berdisiplin dan sebagainya. Nilai-nilai ini penting utk berdepan cabaran yang ada,” katanya. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

30 rakyat Palestin syahid terkena serangan udara Zionis pagi ini30 rakyat Palestin syahid terkena serangan udara Zionis pagi ini30 rakyat Palestin syahid terkena serangan udara Zionis pagi ini
Read more »

Menteri Kesihatan Palestin rayu komuniti antarabangsa lindungi Hospital Al Quds daripada dibom ZionisMenteri Kesihatan Palestin rayu komuniti antarabangsa lindungi Hospital Al Quds daripada dibom ZionisMenteri Kesihatan Palestin rayu komuniti antarabangsa lindungi Hospital Al Quds daripada dibom Zionis
Read more »

Hamas sedar akibat serang Israel, mahu bebaskan Palestin dari ZionisHamas sedar akibat serang Israel, mahu bebaskan Palestin dari ZionisPegawai kanan Hamas, Khaled Mashal memberitahu, kumpulan itu menyedari setiap aspek dan akibat yang bakal diterima selepas menyerang Israel.
Read more »

Anwar: Kembalikan hak rakyat PalestinAnwar: Kembalikan hak rakyat PalestinPunca utama konflik di Palestin harus dita­ngani tanpa pengecualian, hak asasi manusia mesti dilindungi dan undang-undang ditegakkan.
Read more »

Bedilan roket Zionis musnahkan lebih 50,000 rumah di GazaBedilan roket Zionis musnahkan lebih 50,000 rumah di GazaBedilan roket Zionis musnahkan lebih 50,000 rumah di Gaza
Read more »

Tentera Zionis ancam bom satu lagi hospital di GazaTentera Zionis ancam bom satu lagi hospital di GazaTentera Zionis ancam bom satu lagi hospital di Gaza
Read more »



Render Time: 2025-02-22 06:29:56