kualalumpur PAS yakin kerjasama dan sikap bertoleransi semua anggota Perikatan Nasional (PN) kini akan menguatkan lagi kedudukan kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri sehingga ke akhir penggal.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata, adalah fakta yang jelas bahawa kerjasama politik antara PAS dengan BN, khususnya Umno sudah dimuktamadkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman pada 14 September 2019 sekaligus membentuk Muafakat Nasional .
Katanya kerjasama sehingga terbentuknya kerajaan persekutuan ekoran kejatuhan Pakatan Harapan pada 29 Februari 2020, diikuti pemeteraian Memorandum Persefahaman oleh Pengerusi-Pengerusi dan Presiden- Presiden BN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia , Pas dan parti dari Sabah dan Sarawak secara rasminya membentuk Perikatan Nasional .
"Pas menegaskan bahawa kerjasama politik terutamanya bersama Barisan Nasional dan Bersatu semakin mantap sekaligus berjaya memperkukuhkan lagi kedudukan PN yang menjadi 'kerajaan hari ini'. "Tanpa menghiraukan segala spekulasi pihak pembangkang yang hanya perang psikologi semata-mata, Pas akan terus sama-sama komited mendukung dan mempertahankan kedudukan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan kabinetnya yang terdiri dari semua parti anggota," katanya.
Takiyuddin berkata, Pas yakin parti yang membentuk PN sudah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan dan kesiapsiagaan barisan bersama termasuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum meskipun tarikhnya belum diputuskan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PAS vows to strengthen ties with Umno and PPBM, says PN ready for pollsThe Islamist party says PN partners are ready to allocate seats between themselves in the event of a general election. FMTNews Pas Umno PN HadiAwang Muhyiddin
Read more »
Umno-PAS collab could net over 90pct votes for PN in Chini - Najib'That is on paper, but in reality, we will try to achieve that target,' says former PM.
Read more »
PN ready to join forces for GE15, says PASPAS sec-gen says party's ties with PN allies getting stronger, dismisses contrary speculation as 'psychological warfare'.
Read more »
Suaram worried PN is back to BN's ways of harassing activistsThe human rights group says such tactics were the hallmark of the BN-led government prior to GE14.
Read more »
Jugah janji sokong Muhyiddin, PNPutrajaya Beliau menyampaikan aku janji menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri.
Read more »