Beyond the Breaking News

PAS-Umno jemput parti komponen PH hadir Himpunan Penyatuan Ummah, kata Annuar

United States News News

PAS-Umno jemput parti komponen PH hadir Himpunan Penyatuan Ummah, kata Annuar
United States Latest News,United States Headlines

Menurut Annuar rakan komponen BN, iaitu MIC dan MCA akan turut hadir.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa pada sidang media di Menara Dato Onn, PWTC hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR: Umno dan PAS menjemput 30 parti politik, termasuk dari Pakatan Harapan untuk hadir ke Himpunan Penyatuan Ummah yang akan bermula esok dan kemuncaknya pada Sabtu.

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada wakil parti komponen PH akan menghadiri program tersebut atau sebaliknya. “Himpunan ini bersifat nasional. Kita mengundang semua parti politik dalam negara dan sebahagian besar telah memberi jawapan kehadiran. Ada yang jawab, tetapi kita tak berhasrat untuk memaklumkannya di sini. “Sebanyak 30 parti politik yang berdaftar. Tidak ada perbezaan, parti kerajaan, parti besar, parti kecil semua kira jemput,” katanya pada satu sidang media di Menara Tun Datuk Onn, PWTC hari ini, yang turut dihadiri Seriausaha Agung PAS, Takiyuddin HassanKatanya, jemputan itu menunjukkan himpunan tersebut tidak bersifat perkauman dan pada masa sama menerima tetamu daripada pelbagai kaum, bukan hanya satu kaum sahaja. “Kita ada tetamu dari kaum India, Cina, kumpulan etnik, termasuklah Kadazan Dusun dan sebagainya. Tanggapan majlis ini terhad kepada kaum dan agama tertentu adalah salah sama sekali. Dakwaan mengakan ia untuk Melayu sahaja tidak benar,” katanya sambil memaklumkan pihaknya menjangkakan puluhan ribu akan hadir. Annuar berkata, pihak penganjur turut menyediakan 1,200 sukarelawan keselamatan, terdiri daripada ahli kedua-dua parti. Piagam Muafakat Nasional antara PAS dan Umno yang merupakan dokumen persefahaman rasmi kerjasama poliik antara 2 parti terbesar orang Melayu itu dijangka menggariskan bentuk dan hala tuju kerjasama berkenaan yang dilihat berpotensi mencabar penguasaan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang. Sebilangan penganalisis berpendapat kerjasama itu akan mengarusperdanakan politik berteraskan Melayu dalam politik negara.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PAS tak perlu mohon maaf isu 'Umno kafir', kata Asyraf | The Malaysian InsightPAS tak perlu mohon maaf isu 'Umno kafir', kata Asyraf | The Malaysian InsightAsyraf berkata, Umno dan PAS telah mengambil ketetapan untuk melupakan sengketa antara kedua-dua parti itu.
Read more »

Umno Youth says Dr M should apologise first before asking PAS to do soUmno Youth says Dr M should apologise first before asking PAS to do soKUALA LUMPUR: Umno Youth has called on Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to apologise to victims of the Memali tragedy before asking PAS to apologise for labelling Umno members 'kafir' (infidel).
Read more »

Why Umno supports PAS, Zahid explainsWhy Umno supports PAS, Zahid explainsEXCLUSIVE: As I trailed behind the latest Mercedes into the driveway of a grand-looking bungalow in Country Heights, we were told this is where we will be interviewing the man who used to be one of the most powerful politicians in the country.
Read more »

Pakatan, other parties invited to Umno-PAS gathering, says Annuar Musa | The Malaysian InsightPakatan, other parties invited to Umno-PAS gathering, says Annuar Musa | The Malaysian InsightAll political parties, different races and religions are free to attend Himpunan Penyatuan Ummah, says Umno sec-gen.
Read more »

Amanat Haji Hadi dan Tragedi Memali: UMNO dan Pas memandang ke hadapanAmanat Haji Hadi dan Tragedi Memali: UMNO dan Pas memandang ke hadapanKUALA LUMPUR 12 Sept. - Tiada isu saling maaf memaafkan antara UMNO dan Pas dalam isu Amanat Haji Hadi dan Tragedi Memali sebaliknya kedua-dua parti berpendirian untuk memandang ke hadapan dan membentuk kerjasama antara satu sama lain.
Read more »

Pas tidak layan perang psikologi PHPas tidak layan perang psikologi PHKUALA TERENGGANU 12 Sept. - Pas tidak berminat untuk melayan kisah lama antara parti itu dengan UMNO yang cuba dibangkitkan Pakatan Harapan (PH) , sebaliknya mahu menumpukan kepada usaha kerjasama menerusi Piagam Muafakat Nasional yang akan dimeterai, Sabtu ini.
Read more »



Render Time: 2026-06-16 10:05:25