Beyond the Breaking News

Pas tidak layan perang psikologi PH

Malaysia News News

Pas tidak layan perang psikologi PH
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Terpulang kepada pihak lawan untuk melakukan perang psikologi dengan memberi pelbagai pandangan. utusanonline

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terpulang kepada pihak lawan untuk melakukan perang psikologi dengan memberi pelbagai pandangan mereka kerana Pas tidak sesekali tergugat dengan tindakan tersebut.

"Dalam permainan bola sepak, sebelum perlawanan akan ada perang psikologi, jadi kita akan menghadapinya. "Kita tidak boleh menghalang orang memberi pandangan dan komen kerana bagi saya ia di luar topik sebenar isu kerjasama antara Pas-UMNO. Kita berminat untuk melihat masa hadapan dan tindakan ungkit kisah lalu tidak akan menyelesaikan masalah," katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri sesi 'Walk Through Bengkel projek Kuala Terengganu City Centre Promenade' di Hotel Primula di sini hari ini. Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan bahawa UMNO kafir sebelum kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama atau memeterai piagam, Sabtu ini. Kata Pengerusi PH itu, jika Pas tidak menarik balik 'gelaran' itu, maka parti tersebut juga disifatkan kafir kerana menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang pernah dikatakan kafir dahulu. Ahmad Samsuri berkata, Pas dan UMNO mempunyai matlamat jelas dalam kerjasama tersebut, justeru mahu terus fokus dan sentiasa bergerak ke hadapan. Beliau menarik perhatian, bukan hanya Pas dan UMNO yang mempunyai rekod tidak sebulu sebelum ini, malah juga parti-parti lain misalnya antara UMNO ketika dipimpin, Dr. Mahathir dengan DAP. - UTUSAN ONLINE

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PH kuasai Dewan Negara November 2020PH kuasai Dewan Negara November 2020KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pakatan Harapan (PH) hanya akan menguasai Dewan Negara pada November 2020 berdasarkan kepada 11 ahlinya bakal menamatkan penggal bermula Oktober ini.
Read more »

PH components in Johor no longer meet, says MPPH components in Johor no longer meet, says MPPKR's Pasir Gudang MP Hassan Abdul Karim says the cooperation between components is not as strong as before. FMTNews
Read more »

PH Johor sudah bawa haluan masing-masing, kata bekas pengerusi PKRPH Johor sudah bawa haluan masing-masing, kata bekas pengerusi PKRHassan Karim berkata PKR, PPBM, DAP dan Amanah tidak lagi mengadakan mesyuarat dan konvensyen bersama. FMTNews
Read more »

Make public 5,000 missing pages of Sabah RCI report, PH urgedMake public 5,000 missing pages of Sabah RCI report, PH urgedSabah opposition party SAPP also believes the reported number of 600,000 migrants who are to get the special pass is unrealistic. FMTNews
Read more »

Kita tidak panik, kajian IDE mungkin hanya persepsi, kata pesuruhjaya PAS SelangorKita tidak panik, kajian IDE mungkin hanya persepsi, kata pesuruhjaya PAS SelangorInstitut Darul Ehsan sebelum ini berkata, kajian terbarunya mendapati sokongan kepada PAS menurun kepada 8% berbanding 15% sebelum ini. FMTNews
Read more »

Himpunan Penyatuan Ummah : PH turut dijemputHimpunan Penyatuan Ummah : PH turut dijemputKUALA LUMPUR 12 Sept. &8211; Lebih 30 parti politik termasuk lima daripada Pakatan Harapan (PH) telah diberi surat jemputan untuk menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok.
Read more »



Render Time: 2026-07-22 10:46:30