Sebaliknya, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri diterajuinya tetap teguh bersama kepemimpinan Perdana Menteri.
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Pas Terengganu tidak tergugat dengan penarikan sokongan UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional .
Katanya, walaupun ada segelintir pihak yang mendakwa mempunyai lebih sokongan untuk membentuk kerajaan, namun hakikatnya blok dipimpin Muhyiddin merupakan blok terbesar pada masa ini. “Situasi ini macam pasaran saham, pukul 10 pagi ada nilaian tertentu dan 30 minit kemudian nilainya mungkin lain, jadi kita tunggu dan lihat dari semasa ke semasa perkembangannya.
“Bagaimanapun, blok yang dipimpin Perdana Menteri merupakan blok terbesar berbanding blok lain yang membuat pelbagai andaian bagi pihak lain,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini. Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk berpolitik, sebaliknya semua pihak perlu menggembleng tenaga dan bersama-sama menyelesaikan masalah rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.“Saya tidak faham bagaimana ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan daripada penderitaan rakyat dengan menambah lagi seksaan baru untuk kepentingan politik dan peribadi mereka hingga sanggup mengheret parti dan negara,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PAS reiterates support for Muhyiddin and Perikatan Nasional | The Malaysian InsightFuture press statements from PAS will only be released by party president or secretary general.
Read more »
Pas pandang serius kemelut politik - Utusan DigitalSebarang kenyataan mengenai pendirian Pas terhadap kemelut politik ini hanya akan dikeluarkan oleh Presiden dan Setiausaha Agung Pas
Read more »
PAS to hold urgent meeting after Umno pulls support from Muhyiddin | The Malaysian InsightNews report says deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man confirms move following Perikatan Nasional government’s loss of backing.
Read more »