Beyond the Breaking News

Pas hormati kedudukan terkini kerajaan Kedah

United States News News

Pas hormati kedudukan terkini kerajaan Kedah
United States Latest News,United States Headlines

“Apa sahaja tindakan dan arahan bergantung kepada Pas Pusat, manakala kami di peringkat negeri hanya sebagai pelaksana...' utusanonline

Pesuruhjayanya, Ahmad Yahaya berkata, biarpun kerajaan PH Kedah dilihat tidak stabil dan goyah, namun majoriti mudah masih berpihak kepada gabungan itu dengan kelebihan dua kerusi berbanding Pas dan UMNO.

Walau bagaimanapun, menurutnya, Pas negeri akan akur terhadap apa sahaja arahan pusat biarpun perbincangan ke arah itu tidak pernah diadakan oleh mana-mana pihak setakat ini, selain membentuk pembangkang yang kuat di negeri ini. “Kita memberi peluang kepada PH mentadbir Kedah sehingga DUN dibubarkan termasuk sekiranya diadakan pilihan raya pada bila-bila masa. “Tetapi, kita percaya peluang untuk Pas dan UMNO misalnya merampas kembali pemerintahan di Kedah adalah amat cerah apatah lagi setelah kita memeterai Piagam Muafakat Nasional baru-baru ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 , Pas memperoleh 15 kerusi DUN disusuli Barisan Nasional tiga kerusi, manakala PH yang bertanding di bawah tiket PKR mendapat 17 kerusi. Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail mengumumkan keluar UMNO pada 12 November tahun lalu sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia . Mengulas lanjut, Ahmad berkata, peluang untuk mengadakan kerajaan campuran antara Pas dan UMNO di Perlis dan Pahang lebih terbuka termasuk di Perak yang menyaksikan kelebihan kecil kepada kedua-dua parti itu. “Apa sahaja tindakan dan arahan bergantung kepada Pas Pusat, manakala kami di peringkat negeri hanya sebagai pelaksana, kita tunggu dahulu apa bentuk tindakan yang akan diambil oleh kepemimpinan untuk kerajaan Perlis dan Pahang,” ujarnya. Ketika ditanya apakah Pas bersedia untuk membentuk kerajaan campuran di Kedah sekiranya berpeluang, Ahmad tetap menegaskan mereka perlu akur terhadap sebarang keputusan di peringkat Pusat. -UTUSAN ONLINE

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

SK Jeneri wakili Kedah program PPDaSK Jeneri wakili Kedah program PPDaSEKOLAH Kebangsaan (SK) Jeneri, Sik, Kedah terpilih mewakili negeri itu ke pertandingan peringkat kebangsaan bagi program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Oktober ini.
Read more »

Terengganu iringi Kedah ke suku akhir Piala MalaysiaTerengganu iringi Kedah ke suku akhir Piala MalaysiaKUALA LUMPUR 17 Sept. - Terengganu mengiringi Kedah dari Kumpulan A untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas menundukkan PKNS FC 2-0 di Stadium Shah Alam, hari ini.
Read more »

Clear skies and everything is nice in Kedah and PerlisClear skies and everything is nice in Kedah and PerlisALOR SETAR: While thick haze is enveloping nearly most states in Malaysia, the Air Pollutant Index (API) was a mere 27 in Alor Setar and 21 in Kangar.
Read more »

PAS leader warns DAP against pursuing Christianisation agendaPAS leader warns DAP against pursuing Christianisation agendaTuan Ibrahim also warns Harapan parties against labelling PAS-Umno union as racist, extreme and radical 'klepto-theocracy'.
Read more »

Kedah gears up for more China investment | The Malaysian InsightKedah gears up for more China investment | The Malaysian InsightThe state’s less-developed status compared to economic powerhouses such as neighbouring Penang is working in its favour, says Mukhriz.
Read more »

Jerebu: IPU di Kedah hampir 200Jerebu: IPU di Kedah hampir 200Kedah Bacaan Indeks pencemaran udara (IPU) di dua stesen di Kedah menunjukkan bacaan hampir 200 iaitu hampir kepada skala sangat tidak sihat setakat 1 tengah hari ini
Read more »



Render Time: 2026-06-10 14:46:32