Rang Undang-Undang (RUU) yang diperkenalkan kerajaan sepatutnya menggunakan bahasa Melayu, bukan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris.
Tegas Datuk Che Zulkifly Jusoh , bukan semua rakyat memahami Bahasa Inggeris, sekali gus ia boleh menyebabkan kekeliruan serta tidak difahami dari sudut undang-undang.
“ bantah dibuat dalam bahasa Inggeris kerana undang-undang digunakan untuk semua rakyat. Kalau rakyat baca dalam bahasa Inggeris dan tidak faham, mereka tidak tahu hak mereka di sudut undang-undang.Che Zulkifly sebelum itu digantung Dewan Rakyat tiga hari mulai hari ini setelah mengingkari arahan Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Nor supaya duduk.
Ketika itu, beliau mencelah persoalan yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kerajaan menyediakan dua rang undang-undang yang mempunyai Bahasa Inggeris. Che Zulkifly dalam masa yang sama turut berkata, tindakan dihalau dari Dewan Rakyat bukan masalah besar baginya kerana beliau boleh memberitahu pembuat undang-undang supaya RUU dibuat dalam bahasa Melayu.“Saya rasa tak ada masalah besar dalam ini. Ini mungkin masalah teknikal asalnya tetapi itulah nak jelaskan tujuan saya bantah kejap tadi kerana dalam versi bahasa Melayu tak sepenuhnya dalam bahasa Melayu,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
RUU Belanjawan 2023 bacaan ketiga lulusRang undang-undang tersebut dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan diluluskan selepas bacaan...
Read more »
RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dibentang di Dewan Rakyat | The Malaysian InsightIa dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Read more »
RUU mansuh hukuman mati dibentang kali pertama di Dewan Rakyat | The Malaysian InsightRUU itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Read more »
Tarik balik dakwaan saya kayakan diri semasa berkuasa, Dr M beritahu AnwarDr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang jika presiden PKR itu tidak menarik balik dakwaan itu dalam tempoh 7 hari.
Read more »