Kerajaan Perpaduan tidak pernah membatalkan mana-mana projek sejak menjadi kerajaan kira-kira empat bulan lalu.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan hari ini mengambil kira beberapa kriteria sebelum menyerahkan projek itu bagi pelaksanaannya.
“Mengenai masjid di Pendang, setakat ini saya boleh sebut dalam Dewan ini, tidak ada satu projek pun yang kami potong setelah kami ambil alih termasuklah semua ini. “Cuma pelaksanaannya di peringkat Kementerian ekonomi, kita meluluskan peruntukkan itu berdasarkan kriteria-kriteria kemudian ia diserahkan kepada agensi pelaksana.
“Jadi agensi pelaksana itu dalam perkara ini adalah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dan perkara itu dari segi perolehan, pengambilan tanah, pembinaan semua itu akan diuruskan NCIA,” katanya ketika sesi penggulungan kementerian tersebut. Ahli Parlimen Pandan itu memberitahu perkara tersebut selepas dicelah oleh Awang Hashing yang minta supaya pembinaan masjid di kawasannya dipercepatkan ekoran kepadatan pengunjung masjid. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lantikan wakil parti politik dalam GLC ditapis sekretariat, kata Zahid | The Malaysian InsightSetiap parti yang membentuk kerajaan akan melakukan rundingan di bawah Sekretariat Kerajaan Perpaduan terlebih dahulu.
Read more »
Pengundi Umno, DAP boleh beralih kepada Perikatan dalam PRN, kata PAS | The Malaysian InsightTuan Ibrahim Tuan Man berkata pengundi mungkin tidak berpuas hati dengan pembentukan kerajaan perpaduan.
Read more »
Wakil parti politik dalam GLC ditapis sekretariat kerajaan perpaduanSetiap parti yang membentuk kerajaan akan berunding terlebih dahulu sebelum sebarang pelantikan dimuktamadkan, kata Zahid Hamidi.
Read more »
Parlimen: Individu tidak ikut etika pakaian perlu dibolehkan terima perkhidmatanAhli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran berpendapat etika berpakaian di agensi kerajaan tidak terlalu ketat sehingga menyulitkan urusan mana-mana individu yang berada dalam kecemasan.
Read more »
Parlimen: Kementerian Pertahanan tidak 'lupakan' veteran ATMKementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) komited memastikan kebajikan warga veteran ATM sama ada berpencen atau tidak berpencen terpelihara.
Read more »
Parlimen: Pengurangan defisit menjelang 2025 tidak jejaskan ekonomi rakyatSasaran pengurangan defisit kepada 3.2 peratus menjelang tahun 2025 mampu dilaksanakan tanpa menyentuh atau menjejaskan kebajikan rakyat menerusi kenaikan hasil pendapatan negara.
Read more »