(PARLIMEN) Dewan Rakyat lulus mansuh hukuman mati mandatori

Malaysia News News

(PARLIMEN) Dewan Rakyat lulus mansuh hukuman mati mandatori
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 41 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh.

Rang undang-undang itu melibatkan pindaan undang-undang yang memansuhkan hukuman mati mandatori kepada kesalahan-kesalahan berkaitan melibatkan beberapa akta iaitu Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam pembentangannya, Ramkarpal berkata, dengan pemberian budi bicara kepada mahkamah dalam menjatuhkan hukuman mati, mahkamah boleh mengambil kira prinsip undang-undang yang terpakai dalam memutuskan sama ada hukuman mati perlu dikenakan. Ramkarpal berkata, perundangan sistem keadilan jenayah negara diwujudkan sejak sekian lama dan terdapat banyak peruntukan sedia ada yang dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan jenayah semasa.

“Justeru, hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh berserta dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian yang paling bersesuaian terhadap 11 kesalahan yang membawa kepada hukuman mati mandatori ini. Kombinasi hukuman pemenjaraan dan sebatan adalah wajar supaya dilihat sebagai hukuman yang lebih berat berbanding hukuman untuk jenayah lain,” katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

(PARLIMEN) Bacaan kedua rang undang-undang tumpuan Dewan Rakyat hari ini(PARLIMEN) Bacaan kedua rang undang-undang tumpuan Dewan Rakyat hari iniMenurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat di laman rasmi Parlimen, antara yang dijangka dibentang dan dibahaskan adalah RUU Kewangan 2023, RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 dan RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Read more »

(Parlimen): Dewan Rakyat lulus RUU Kewangan 2023(Parlimen): Dewan Rakyat lulus RUU Kewangan 2023Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong ketika membentang rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua bagi meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan…
Read more »

Kumpulan hak asasi mahu undang-undang perangi kebencian kaum, agama | The Malaysian InsightKumpulan hak asasi mahu undang-undang perangi kebencian kaum, agama | The Malaysian InsightIa susulan kenyataan menteri tiada keperluan perkenal undang-undang baharu bagi mengawal perpaduan di Malaysia.
Read more »



Render Time: 2025-02-27 16:25:33