Pandai simpan rahsia, Fizi Ali kini bukan lagi duda
PETALING JAYA : Pandai menyembunyikan kisah percintaan, penyampai radio, Fizi Ali, tampil mengejutkan peminat-peminat menerusi pengumuman pernikahannya hari ini dengan seorang wanita yang cuma dikenali sebagai Tiz.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 36, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram yang memaparkan dia bersama pasangan berpakaian serba putih di hadapan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor. Tidak berkongsi maklumat lanjut, Fizi bagaimanapun berharap agar orang ramai terus mendoakan kebahagiannya bersama isteri baharunya itu.“Terima kasih semua yang mendoakan terbaik untuk kami. Semoga doa-doa yang baik kembali semula kepada kalian,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminatnya mengucapkan tahniah dan memuji penyampai radio itu sebagai seorang yang bijak menyimpan rahsia percintaan antara dia dan Tiz.“Wow, diam-diam.Tahniah Fizi. Tumpang gembira untuk awak, semoga berkekalan,” tulis satu pengikut.Sebelum ini, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakila Khoriri pada 18 Februari 2018.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Aidil tamatkan penantian 26 tahun negara di Kejohanan Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023Aidil Sholeh Ali Sadiki meraih gelaran juara setelah berjaya mengungguli Kejohanan Cabaran Antarabangsa Indonesia
Read more »
PRK Kemaman: Menang kalah bukan persoalan, kata KhaledNaib Presiden Khaled Nordin berkata Umno mahu dekati masyarakat setempat dan sampaikan hala tuju perjuangan.
Read more »
Sertai PRK bukan sebab mahu menang semata-mataSertai PRK bukan sebab mahu menang semata-mata - Khaled
Read more »
Muktamar Pas 2023: Raih sokongan bukan Melayu untuk lebih efektifSHAH ALAM: Pas perlu berusaha meraih sokongan daripada pengundi bukan Melayu untuk memastikan parti dapat memimpin negara dengan efektif apabila dapat mengambil alih kerajaan.
Read more »
Ini bukan masa bersedih, saya mahu bangkitIni bukan masa bersedih, saya mahu bangkit – pesakit kanser
Read more »
Kritikan kepada Anwar bukan peribadiSHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa melunaskan perkara-perkara yang pernah diperjuangkan dahulu bersama Pas dalam PR seperti isu peruntukan wakil rakyat dan royalti minyak.
Read more »