Jitra Tiga peniaga adik beradik beri kuih percuma kepada wanita hamil sepanjang Ramadan.
Menurut Mohd Shaiful Hafiq MohdHadir, 27, dia bersama dua lagi adiknya, Mohd Zulfadhly, 24, dan Mohd Hashiff, 19, meneruskan tradisi ibunya sejak 18 tahun lalu sebagai tanda syukur dengan rezeki kepada keluarganya.
“Ibu selalu pesan, jika mahu berniaga, jangan hanya fikir untung saja, perniagaan dilakukan mesti memberi manfaat kepada orang lain juga, kalau tak lebih baik jangan berniaga. Mohd Shaiful berkata, setiap hari seorang ibu mengandung mendapat tiga biji kuih itu dan sekurang-kurangnya lima ibu mengandung singgah mendapatkan karipap berinti daging dan ayam secara percuma.
“Setiap hari, 11,000 karipap terjual, Alhamdulillah rezeki kami tidak pernah putus, sebagai orang Islam kita tidak boleh takut bersedekah kerana amalan itu yang menjemput rezeki,” katanya yang tinggal di Kampung Padang, di sini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Orang lain rebut pahala, kau...?TINDAKAN sekumpulan individu menjadikan sebuah pusat snuker di Kluang sebagai ‘port’ ponteng puasa membawa padah apabila premis berkenaan diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam Operasi Gempur Ramadan, petang semalam.
Read more »