PAC hairan keputusan SPRM mengklasifikasi NFA siasatan HRP Corp

Malaysia News News

PAC hairan keputusan SPRM mengklasifikasi NFA siasatan HRP Corp
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 73 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 32%
  • Publisher: 51%

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melahirkan rasa hairan terhadap keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengklasifikasikan kes melibatkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara melahirkan rasa hairan terhadap keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengklasifikasikan kes melibatkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia sebagai Tiada Tindakan Lanjut .

Menurut laporan PAC yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat, PAC menyatakan bahawa keputusan itu bertentangan dengan dapatan Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada Julai lalu.“Mengenai kedudukan kes HRD Corp oleh SPRM selepas laporan PAC dan LKAN dibentangkan Julai lalu, di mana Jawatankuasa ini telah dimaklumkan oleh SPRM dalam prosiding tindakan susulan bahawa kes HRD Corp diklasifikasikan sebagai NFA.

“Ini adalah satu lagi yang amat menghairankan dan memelikkan kerana LKAN telah menyatakan ada unsur jenayah atau salah guna kuasa dalam HRD Corp malah PAC sendiri melalui 10 prosiding yang diadakan bermula Oktober 2023 hingga Mac 2024 mendapati ada unsur salah guna kuasa dalam HRD Corp,” kata laporan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Julai lalu, SPRM mengesahkan telah memulakan penyiasatan berhubung isu HRD Corp dengan mengambil dokumen-dokumen berkaitan Laporan Ketua Audit Negara dari Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp.Namun begitu, fokus utama siasatan SPRM menjurus kepada elemen-elemen jenayah yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SPRM turut menjelaskan bahawa pihaknya akan menumpukan siasatan terhadap isu-isu kelemahan pengurusan dan ketidakakuran peraturan kerana perkara-perkara tersebut telah pun dijelaskan dan diperkemaskan oleh pengurusan HRD Corp sewaktu Exit Conference dengan Jabatan Audit Negara sebelum ini. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PAC Recommends Alignment of Investment Proposals with Government PoliciesPAC Recommends Alignment of Investment Proposals with Government PoliciesThe Public Accounts Committee (PAC) has recommended that the Rural and Regional Development Ministry (KKDW), Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corp) and MARA Inc align all investment proposals, especially high-value property acquisitions, with government policies and prioritize domestic investments. PAC chairman Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin stated that these proposals should prioritize local investments and require prior approval from the Finance Ministry (MoF). This recommendation follows findings from three PAC proceedings that MARA Inc made overvalued property purchases in London and Melbourne.
Read more »

Kursus bertema pembangunan keluarga, keibubapaan diteruskan HRD CorpKursus bertema pembangunan keluarga, keibubapaan diteruskan HRD CorpHDR Corp akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga dan keibubapaan.
Read more »

Isu FashionValet: SPRM siasat walau jumlah dianggap kecilIsu FashionValet: SPRM siasat walau jumlah dianggap kecilSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) mempunyai merit menjalankan siasatan mengenai isu-isu rasuah yang tersebar dalam media sosial.
Read more »

Rasuah ADUN: SPRM sah jumpa peguam tapi masih tunggu aduan rasmiRasuah ADUN: SPRM sah jumpa peguam tapi masih tunggu aduan rasmiSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum mempunyai maklumat jelas mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa terlibat dalam klip audio yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.
Read more »

Lawmaker questions awarding govt-linked projects to YTL Corp after 1BestariNetLawmaker questions awarding govt-linked projects to YTL Corp after 1BestariNetHe had his grand opening in September.
Read more »

SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValetSPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValetPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyemak dan menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengas...
Read more »



Render Time: 2025-02-16 06:13:49