Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan, kata CAAM
ORANG ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini berkata perkara ini juga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini membabitkan keselamatan orang awam serta mengundang risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia yang sedang menjalankan penerbangan formasi rendah di kawasan tersebut.
Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu minggu akses percuma!