Orang awam dibenarkan ke hospital untuk derma darah semasa PKP
orang ramai dibenarkan ke hospital untuk menderma darah susulan bekalan di Pusat Darah Negara menurun sebanyak 33% sejak PKP dikuatkuasakan. – Gambar EPA, 27 April, 2020
PENDERMA darah dibenarkan ke hospital dan klinik kesihatan untuk menderma darah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam walaupun ketika perintah kawalan pergerakan , kata Ismail Sabri Yaakob.“Majlis Keselamatan Negara dimaklumkan bekalan darah di Pusat Darah Negara menurun 33% sejak PKP,” kata menteri kanan semasa taklimat harian PKP di Putrajaya hari ini.
“Pusat Darah Negara meminta izin untuk beroperasi dan penderma diizinkan untuk datang menderma,” tambahnya. Sementara itu, sebanyak 606 individu ditahan kerana melanggar PKP semalam berbanding 577 pada hari sebelumnya.Beliau berkata jumlah tangkapan sejak PKP dilaksanakan adalah 20,617 orang . Dalam laporan hariannya, Ismail berkata polis melakukan 829 blok jalan raya dan memeriksa 377,623 kenderaan semalam.Artikel Berkaitan
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tindakan laksana PKP satu keputusan berat, kata Muhyiddin | The Malaysian InsightMuhyiddin mahu rakyat memahami keadaan getir PKP dengan pengucapan santai ketika mengumumkan dasar kerajaan.
Read more »
Klinik haiwan boleh beroperasi bawah PKP, kata menteri | The Malaysian InsightNamun urusan perlu ditetapkan menerusi temu janji bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di klinik untuk menunggu nombor giliran.
Read more »
Perlombongan haram ketika PKP, Kelantan serah kepada polis | The Malaysian InsightNik Amar berkata pihaknya belum menerima laporan mengenai isu perlombongan haram tersebut.
Read more »
Malaysia belum sedia tarik balik PKP, kata pakar kesihatan | The Malaysian InsightMereka berkata negara masih mempunyai kekurangan dari segi ujian saringan, kapasiti pegawai kesihatan, pengesanan kontak dan paling ketara pemikiran masyarakat.
Read more »
PDRM terima 300,000 permohonan permit bergerak di bawah PKP | The Malaysian InsightPermohonan pergerakan antara negeri itu direkodkan dalam tempoh 12 jam menerusi aplikasi Gerak Malaysia.
Read more »