Ora Good Cat – 500 slot pra-tempahan dipenuhi dalam 58 min di Thai – tempahan kini cecah 5,500 unit;
elektrik sepenuhnya ini telah menjadi kenderaan elektrik paling laris di negara berkenaan. Dalam pelancaran EV berkenaan di Thailand pada Jun lalu, kesemua 500 unit kumpulan pra-tempahan awal telah pun penuh dalam tempoh 58 minit selepas tempahannya dibuka, kata GWM menerusi kenyataan yang dikeluarkan
Pada Julai lalu, pengeluar kereta China ini telah pun mengumumkan bakal memasuki pasaran Malaysia, dan syarikat ini dilihat telah bersedia untuk memulakan pra-tempahan bagi EV ini. Ora Good Cat juga dijangka akan dilancarkan bila-bila masa pada bulan ini, dan ditawarkan dengan empat varian iaitu Tech, Pro, Ultra dan Ultra G.
Varian Tech dan Pro akan menggunakan bateri 47.8 kWh lithium iron phosphate yang boleh memberikan jarak perjalanan cecah 400 km mengikut kitaran NEDC. Untuk pengecasan penuh, ia memerlukan sekitar lapan jam jika dicas menggunakan pengecas AC pada kadar input maksimum 6.6 kW. Dengan pengecas pantas DC, ia boleh dicas 0-80% dalam masa 46 minit pada kadar 60 kW.
Kit keselamatan aktif yang diberikan termasuklah kawalan kelajuan adaptif dengan belokan pintar, bantuan kesesakan trafik, brek kecemasan automatik dengan sokongan di persimpangan, amaran pelanggaran hadapan, amaran ketibaan lorong, bantuan kekal lorong dan bantuan pemusatan lorong.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bersatu terima 500 keahlian pemuda di ParoiPermulaan positif untuk mencipta kejutan di Rembau
Read more »
'Millionaire By 30' Rafizi Ramli Refutes Claims He Misused Public Funds | TRPPKR deputy president Rafizi Ramli was earning in British pounds before working with Petronas in Malaysia, where he grew his income exponentially due to good timing.
Read more »