KUALA LUMPUR: Sebanyak 13,138 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan bagi Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur, s...
Sebanyak 13,138 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan bagi Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur, sepanjang tempoh empat hari sehingga semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah berhenti di petak kuning, tiada lesen memandu dan ubah suai struktur atau peralatan kenderaan. Beliau berkata operasi tersebut melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi penguat kuasa lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar.
“Antara kesalahan yang dilakukan ialah nombor pendaftaran fancy, tiada cermin sisi dan lampu brek tidak berfungsi. Pihak polis turut menahan 30 individu dalam operasi yang sama dan menyita tiga buah kenderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa sebelum ini mengumumkan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan dilancarkan bermula Selasa hingga 15 Jun ini, bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya dan menguatkuasakan peraturan lalu lintas di bandar raya ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Samsung Unveils 2024 Monitor Lineup; Pre-Orders Starts From RM1,138Samsung has unveiled its 2024 lineup of monitors, featuring the latest Odyssey OLED, Smart Monitor, and ViewFinity models. These are promised to bring
Read more »
OPS hormat Undang-Undang Jalan Raya: 9,427 saman dikeluarkan sejak selasaKUALA LUMPUR: Sebanyak 9,427 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan setakat semalam menerusi Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya Po...
Read more »
[Video] 2 Lelaki Dipuji Sanggup Melintas Jalan Untuk Bantu Tolak Kereta Rosak Ke Tepi Lebuh RayaDifahamkan, kereta milik Noor Hayati 'mati' di lorong kanan lebuh raya menghala ke utara dipercayai berhampiran dengan Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.
Read more »
[Video] 2 Lelaki Dipuji Sanggup Melintas Jalan Untuk Bantu Tolak Kereta Rosak Ke Tepi Lebuh RayaDifahamkan, kereta milik Noor Hayati 'mati' di lorong kanan lebuh raya menghala ke utara dipercayai berhampiran dengan Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.
Read more »
Ramai Boleh Relate Bila Tengok Papan Iklan Ini Di Jalan Raya- 'Confuse Nak Exit Mana'Ingatkan nama jalan dekat KL.
Read more »
[Video] Aksi Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Sebelah Kaki Di Jalan Raya Raih PerhatianKereta Avanza itu dilihat memberikan isyarat lampu kecemasan ketika sedang ditunda oleh seorang penunggang motosikal menggunakan kaki kanannya.
Read more »