SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang hilang petang semalam setelah dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Batang Lassa b...
: Operasi mencari dan menyelamat tiga remaja yang hilang petang semalam setelah dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Batang Lassa berdekatan Nangar di Daro, kira-kira 125 kilometer dari sini, diteruskan hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata operasi yang melibatkan jabatan itu bersama polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung ditangguhkan kira-kira pukul 7.45 malam tadi berikutan keadaan cuaca gelap. Mangsa yang hilang itu dikenal pasti sebagai Herodias Enggung, Aldrin Gambang Allan Kiai dan Sebastian Oziel Seman Umpi, yang kesemuanya berusia 13 tahun.
Beliau berkata sebaik sahaja menerima panggilan kejadian dari Balai Polis Daro pada 6.37 petang semalam, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro dengan kekuatan lapan anggota serta jentera telah digerakkan ke lokasi. “Operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pukul 6.46 petang secara pencarian di permukaan air menggunakan peralatan khas, namun sehingga operasi itu ditangguhkan atas arahan polis semalam, mangsa-mangsa ini masih belum ditemukan,” katanya. - Bernama
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sungai indikator tahap kebersihan bandar Melaka, kata KMAb Rauf Yusoh berkata tahap kebersihan sangat penting untuk merealisasikan sasaran kemasukan 18.7 juta pelancong sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024.
Read more »
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih mula operasi di Sabah bulan depanKuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluas operasi Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Kota Kinabalu, Sabah, bulan depan bagi menyediakan akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan dan tanpa dokumen di situ.
Read more »
Jadikan aktiviti kayak di Sungai Pahang sebagai ekopelanconganBEBERAPA tahun lalu, acara berakit di Sungai Pahang pernah menjadi popular sebagai aktiviti ekopelancongan.
Read more »
Sedar ramai pelajar susah, peniaga kekal harga nasi campur RM3.50Hamid Yahya tidak sampai hati menaikkan harga walaupun terpaksa tanggung kenaikan kos operasi 20%.
Read more »
Transparent probe on ‘crooked bridge’ urgedTuaran: News about the replacement of the RM18 million “crooked bridge” connecting Tuaran township to Sungai Damit requires a full investigation.
Read more »
Faktor hujan burukkan kekeruhan air di KulimLebih 20,000 akaun pengguna terjejas disebabkan LRA Sungai Ular terpaksa dihenti tugas berikutan kadar kekeruhan air mentah yang tinggi
Read more »