Nyawa dibalas nyawa

Malaysia News News

Nyawa dibalas nyawa
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 25 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 13%
  • Publisher: 51%

kualaterengganu Tukang rumah dijatuhi hukuman gantung di Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh abang kepada kekasihnya yang juga kakitangan JPJ Kelantan, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 32, dari Kampung Baloh hadir berbaju putih kelihatan tenang ketika mendengar keputusan dibacakan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhamad Shukri Husin, 37, di parkir hadapan Pejabat Agama Kompleks Seri Iman, jam 11.39 pagi pada 16 Oktober 2016. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain. Kejadian berlaku selepas mangsa bersama suspek dan beberapa ahli keluarga datang ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk mengesahkan status perkahwinan bakal adik iparnya yang mendakwa sudah bercerai.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-03-14 21:34:33