Aifa Azman yang sebelum ini dipertaruhkan dalam acara perseorangan wanita dan beregu campuran akan mengisi kekosongan Sivasangari dalam beregu wanita, berpasangan dengan Rachel Arnold.
KUALA LUMPUR: Ketiadaan pemain No. 19 dunia, S. Sivasangari yang terpaksa menarik diri daripada Sukan Komanwel setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya, Ahad lalu memaksa Persatuan Raket Skuasy Malaysia menyusun kembali pemain yang beraksi pada temasya yang akan bermula pada penghujung Julai ini di Birmingham.Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dikhabarkan mungkin mengisi tugas sebagai pembawa Jalur Gemilang menggantikan Sivasangari dalam majlis pembukaan temasya empat tahun sekali itu.
Pemain No. 28 dunia, Aifa pada awalnya beraksi dalam dua acara iaitu beregu campuran bergandingan bersama Syafiq Kamal dan juga perseorangan. “Untuk acara beregu campuran pula, Addeen Idrakie dan Noor Ainaa Amani Ampandi akan menggalas tanggungjawab tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Wanita yang dilaporkan cedera itu, kemudiannya disahkan adalah Sivasangari yang kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya.