Nilai pasaran saham Tesla atasi Facebook
LONDON: Saham Tesla melonjak ke rekod tertinggi kelmarin dengan nilai pasaran saham syarikat pembuat kereta elektrik itu mengatasi Facebook buat pertama kali.
Ini menjadikan Tesla syarikat kelima paling bernilai di Wall Street, di belakang Alphabet yang memiliki Google dan mengatasi Facebook. Lebih AS$39 bilion saham Tesla didagangkan semasa sesi kelmarin. Ia merupakan rekod tertinggi buat Tesla dan nilai itu melebihi gabungan nilai saham untuk tiga syarikat lain yang paling banyak didagangkan, iaitu Apple, Alibaba Group dan Amazon.com.
Penganalisis RBC, Joseph Spak dalam nota kajiannya berkata, beliau sebelum ini memandang rendah kemampuan Tesla untuk memanfaatkan harga sahamnya yang melonjak untuk mengumpul modal bagi mendanai pembesaran syarikat.