batupahat إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Seorang nelayan ditemui lemas manakala anak saudaranya hilang selepas bot dinaiki ketika keluar menangkap ikan di kuala Sungai Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat, karam, pagi semalam.
Bot dinaiki Juwahir Buani, 62 dan Yatiman Manap, 36, karam pada 10 pagi dipercayai akibat dipukul ombak besar.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mohamad Izzudin Runggai berkata, mayat Juwahir yang berasal dari Kampung Parit Mislan ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 3.30 petang semalam. “Usaha mencari Yatiman yang bekerja sebagai pemandu lori dan berasal dari Parit Jawa, Muar masih diteruskan.
“Operasi SAR dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia , Pasukan Polis Marin , Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia , Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan nelayan setempat,” katanya. Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemui mangsa boleh berhubung menghubungi balai polis berdekatan atau ke bilik operasi didirikan di Jeti Sarang Buaya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemancing hilang ditemui lemasMAYAT pemancing yang hilang selepas bot dinaiki terbalik di Sungai Lebir, Pengkalan Kampung Tualang di Kuala Krai, kelmarin, ditemui hari ini.
Read more »
Nelayan Pulau Pinang atur lebih banyak protes sepanjang 2020 | The Malaysian InsightWalau tidak diendahkan kerajaan, mereka akan terus bantah projek PSR, kata nelayan ini.
Read more »
Lagi kes terjun Jambatan Pulau PinangPrai Dalam kejadian itu, lelaki berusia 35 tahun itu meninggalkan kereta Perodua Bezza dipandunya di Kilometer 3.4 jambatan berkenaan.
Read more »
Lima sekeluarga rentungTenom إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Terdapat enam mangsa terbabit dalam kebakaran itu dan lima mangsa ditemui rentung oleh pasukan bomba manakala seorang mangsa cedera melecur di kepala dan tangan.
Read more »
Had umur mengundi 18 tahun hadiah kerajaan Pakatan kepada golongan muda | The Malaysian InsightSelain Singapura, beberapa negara lain yang masih mengekalkan had umur mengundi 21 tahun.
Read more »
Kes influenza masih normalkualalumpur Peningkatan kes jangkitan influenza masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun sebelumnya.
Read more »