Najib catat 'bersetuju'

Malaysia News News

Najib catat 'bersetuju'
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 58 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 51%

kualalumpur Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mencatatkan ‘bersetuju’ untuk mengecualikan dokumen tertentu bagi kelulusan bayaran interim kepada Jepak Holdings Sdn Bhd.

Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Najib membuat catatan minit pada muka surat pertama surat bertarikh 19 Julai 2017 yang dihantar olehnya kepada Najib.

“Minit itu menyatakan; ‘Bersetuju diberikan pengecualian khas seperti dipohon. Sila uruskan.’ Datuk Seri Najib turut menandatangani minit itu. Selepas itu saya serahkan surat kepada Datuk Seri Alias untuk tindakan seterusnya,” katanya pada hari ketiga perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Rosmah berhubung projek solar hibrid itu.

Katanya, pada masa itu juga ada masalah untuk membuat pembayaran kerana Jepak tidak memberi dokumen sokongan yang lengkap. “Saya tidak dapat membantu Saidi dan minta beliau menuruti prosedur kewangan ditetapkan dan berbincang dengan Kementerian Kewangan. Saidi sudah merendahkan saya sebagai Menteri Pendidikan dan kawan lama beliau kerana tidak dapat membantunya.

“Saya beritahu Datuk Rizal bahawa prosedur mendapatkan bayaran perlu melalui Kementerian Kewangan dan beliau sudah minta saya untuk membuat surat memohon pengecualian daripada Datuk Seri Najib selaku Menteri Kewangan. Beliau berkata, surat itu beliau serahkan sendiri kepada Najib selepas selesai mesyuarat Kabinet pada 19 Julai 2017 dan memberitahunya surat itu berkaitan Jepak yang mempunyai masalah untuk proses bayaran.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-02-28 21:39:10