Najib bayar hampir RM23 juta bagi khidmat pasukan media antarabangsa, kata saksi
Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk penyediaan teks ucapan dalam bahasa Inggeris untuk Najib Razak bekas perdana menteri sama ada di dalam atau di luar negara antara 2011 hingga 2014.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Jun 2023.
“Ia juga bagi menyelaras segala urusan dengan pihak media antarabangsa yang berpusat di Malaysia, menyelaras temu duga Najib sewaktu lawatan ke luar negara dengan media antarabangsa dan menyediakan deraf temu duga atau artikel oleh Najib dalam majalah atau surat khabar dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad dihadapi Najib.
“Ekoran daripada isu tersebut, saya melihat terdapat peluang perniagaan di situ dan telah menghubungi ketua pegawai eksekutif APCO di Malaysia pada masa itu, Paul Stadlen untuk bertanya sama ada beliau bersedia untuk keluar daripada APCO dan menyediakan perkhidmatan secara persendirian dan beliau bersetuju,” katanya.
Menurut Omar, dalam perbincangan itu beliau telah menawarkan perkhidmatan tersebut dan pembayaran berdasarkan tuntutan yang dikemukakannya setiap bulan kepada Najib. Ketika disoal balas peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata Najib merupakan satu-satunya pelanggan dalam syarikatnya dan setiap bulan beliau sendiri akan ke pejabat Najib untuk mendapatkan cek-cek itu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Terima RM23 juta tulis ucapan NajibKUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat perkhidmatan media memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima hampir RM23 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebagai upah menulis ucapan dalam Bahasa Inggeris.
Read more »
1MDB: Najib’s ex-speech writer's firm received over RM22m, court hearsCheques personally signed by Najib during meetings - witness.
Read more »
1MDB trial: Najib paid company RM22mil for PR, speech writing services, says witnessKuala Lumpur: A businessman told the High Court hearing Najib Razak’s 1MDB trial his company received more than RM22 million from the former prime minister between 2011 and 2014 for speech writing and public relations services.
Read more »