putrajaya Kementerian Kewangan menepis dakwaan satu laporan akhbar mendakwa program insentif e-Tunai Rakyat yang dilancarkan hari ini tidak mendapat sambutan walaupun kerajaan memberi pemberian RM30 wang percuma.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, laporan berkenaan sama sekali tidak benar dan sehingga tengah hari tadi sebanyak 200,000 permohonan dicatatkan dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 160,000 permohonan diluluskan.
“Saya difahamkan pihak Touch ‘n Go menghadapi sedikit gangguan teknikal kerana terlalu banyak permohonan, namun saya diberitahu bahawa masalah berkenaan sudah selesai. Diharapkan tiga syarikat pengendali swasta yang dipilih dapat memastikan tidak akan ada masalah teknikal seperti ini. Dalam pada itu, Guan Eng ketika ditanya sama adakah pihaknya akan menggunakan mekanisma yang sama iaitu e-dompet untuk menyalurkan bantuan kebajikan kepada masyarakat seperti program Skim Bantuan Sara Hidup atau subsidi petrol, beliau berkata buat masa ini pihaknya tidak bercadang untuk berbuat demikian.
“Namun kita mesti mengambil kira mereka yang kurang terdedah dengan sistem pembayaran digital, buat masa ini kita mahu galakkan lebih ramai masyarakat untuk menggunakan sistem ini supaya ia lebih senang diterima oleh masyarakat secara umum,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
e-Tunai Rakyat application period starts Jan 15; free RM30 for allNSTnation: Malaysians aged 18 and above, with an annual income of RM100,000 and below, will be able to apply for the e-Tunai Rakyat initiative beginning 8am tomorrow (Jan 15). eTunaiRakyat
Read more »
Towards a cashless society with e-Tunai RakyatKUALA LUMPUR: The government is gearing up for the country’s evolution towards a cashless society with the rollout of the e-Tunai Rakyat initiative today, which will provide the impetus for the public’s adoption of e-wallet.
Read more »
RM450mil e-Tunai programme to kick off on Wednesday (Jan 15)PUTRAJAYA: The e-Tunai programme, which encourages the use of cashless payments among Malaysians, will kick off on Wednesday (Jan 15).
Read more »
Public can apply for RM30 e-Tunai from tomorrowMalaysians aged 18 years and above and earn less than RM100,000 annually qualify for the e-cash payment.
Read more »
As e-Tunai scheme kicks off, payment firms slug it out with promosE-wallet providers compete for consumers to pick their platform to receive the RM30 offer from the gov't.
Read more »
Overwhelming response towards e-Tunai initiativeNSTnation: “We have even received reports that some e-wallet applications hang, especially the Touch `n Go e-Wallet, because many users will not want to miss getting an extra RM30 from the operator on top of the RM30 from the government,”
Read more »