“Secara peribadi, saya melihat cadangan Pengerusi PN itu bagi memastikan kerajaan yang bakal dipimpin Perdana Menteri baharu meneruskan amalan tersebut.”
KUALA LUMPUR : Syarat yang diletakkan Perikatan Nasional terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah bertujuan supaya tidak mengulangi kesilapan pentadbiran terdahulu. Sambil menafikan bahawa Perdana Menteri itu ‘diikat’, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr.
Abd. Latiff Ahmad berkata, ‘peringatan’ Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah supaya Perdana Menteri baharu dapat menjalankan tugas seperti kehendak rakyat. “Malah, seperti ditegaskan olehnya bahawa beliau tidak masuk campur dalam kes-kes mahkamah dengan membiarkan berlaku pengasingan antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. “Secara peribadi, saya melihat cadangan Pengerusi PN itu bagi memastikan kerajaan yang bakal dipimpin Perdana Menteri baharu meneruskan amalan tersebut,” katanya seperti dipetik laporan sebuah portal. Abd. Latiff yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, sewaktu pentadbiran PN, Muhyiddin sentiasa memastikan mereka yang berintegriti dan tiada kes mahkamah dilantik dalam pentadbiran termasuk Jemaah Menteri.Semalam, PN sebulat suara bersetuju mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri baharu. Namun, sokongan tersebut adalah bersyarat yang mana beliau perlu memastikan barisan ahli jemaahnya terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
114 Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri menghadap Seri Paduka - Utusan Digital114 Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri menghadap Seri Paduka
Read more »
'Ismail Sabri sudah menang, esok kami bertolak ke Istana Negara' - Ahmad Maslan - Utusan Digital'Ismail Sabri sudah menang, esok kami bertolak ke Istana Negara' - Ahmad Maslan
Read more »
Ismail Sabri naik bas ke Istana Negara - Utusan DigitalTurut kelihatan di dalam bas tersebut adalah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed.
Read more »
'Kami beri sokongan kepada Ismail Sabri dengan sukarela, tanpa paksaan' - Utusan DigitalSemalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Read more »
Sokongan Ismail Sabri calon PM ke-9 bersyarat - Muhyiddin Yassin - Utusan DigitalKeputusan tersebut juga memberi makna PN lebih mengutamakan kestabilan politik berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa.
Read more »
