Alamak, jangan tertinggal IC guys!
Program subsidi petrol Budi Madani RON95 yang baru memasuki bulan pertama pelaksanaannya dilihat membawa satu trend baharu di stesen minyak seluruh negara apabila pemandu terlupa mengambil semula MyKad mereka selepas mengisi minyak Di bawah peraturan baharu itu, pengguna perlu mengimbas atau menyerahkan MyKad ketika membeli petrol bersubsidi RON95.
Namun begitu, ramai yang sering tergesa-gesa meninggalkan stesen minyak selepas selesai mengisi, tanpa sedar kad pengenalan mereka masih tertinggal di kaunter. Fenomena tersebut mula mendapat perhatian selepas tular satu hantaran di media sosial yang menunjukkan deretan MyKad disusun kemas di atas kaunter stesen minyak.tersebut, semua kad itu milik pelanggan yang secara tidak sengaja tertinggal selepas menggunakan MyKad untuk urusan pembayaran.Kakitangan stesen dilaporkan menyusun semula kad-kad yang ditemui bagi memudahkan pemilik datang menuntut semula Walaupun kelihatan remeh, insiden itu menimbulkan kebimbangan kerana MyKad bukan sekadar kad pengenalan, tetapi turut menyimpan maklumat penting dan sensitif yang boleh disalah guna jika jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab. Pihak stesen minyak juga menasihatkan pengguna agar memastikan MyKad diambil semula sebelum meninggalkan kaunter bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Pelaksanaan BUDI95 bertujuan memastikan subsidi RON95 disalurkan secara lebih bersasar kepada golongan layak, namun jelas masih terdapat penyesuaian dan kesedaran pengguna yang perlu ditingkatkan dalam fasa awal program ini.
Kadpengenalan Perkongsian Seismik Stesenminyak Tertinggal
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Harga minyak sawit dijangka kekal melebihi RM4,400Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil melebihi RM4,400 satu tan hingga hujung tahun ini berikutan ketidaktentuan bekalan.
Read more »
Indonesia mahu guna dana rampasan rasuah naik taraf sekolahKerajaan Indonesia menerima semula aset bernilai 13 trilion rupiah (RM3.3 bilion) yang dirampas dalam kes rasuah minyak sawit mentah (CPO) melibatkan tiga syarikat besar.
Read more »
MyKad Bertimbun Di Stesen Minyak, Pemandu Lupa Ambil Selepas Isi BUDI95Alamak, jangan tertinggal IC guys!
Read more »
Kuota BUDI95 RM300 Habis Diguna Penduduk Tinggal Di Sempadan, Disyaki Lakukan Aktiviti Seludup MinyakDifahamkan, hampir empat bilion liter bukan digunakan isi rumah tetapi berkemungkinan digunakan syarikat, warga asing, atau sebahagiannya diseludup.
Read more »




