'Kita tidak gunakan tenaga ketenteraan sepenuhnya dan berusaha mengurangkan kerugian terhadap infrastruktur dan penduduk awam di Ukraine'
ANCAMAN dan ugutan Russia untuk menggunakan senjata nuklear mula heboh diperkatakan sejak negara itu melancarkan operasi ketenteraan khas terhadap Ukraine, 24 Februari lalu.
Ikuti pandangan Duta Besar Russia di Malaysia, Naiyl M. Latypov semasa ditemu ramah di kediaman rasminya di Jalan Ampang.Mutakhir ini, kita mendengar kenyataan daripada ahli politik dan media Barat yang mengisytiharkan Perang Dunia Ketiga telah bermula. Kita mempunyai perkhidmatan ketenteraan mandatori di Russia dan mereka tidak mengambil bahagian dalam operasi khas ini.Sebab itu, beberapa pakar mengulas tentera Russia bergerak sangat perlahan sebab kita tidak menggunakan tenaga ketenteraan sepenuhnya dan berusaha mengurangkan kerugian terhadap infrastruktur dan penduduk awam.Negara-negara Barat sendiri tidak bersatu dalam pandangannya terhadap isu ini.
Amat penting untuk kita faham, ini bukan konflik antara Rusia dan Ukraine, tetapi sebenarnya antara Rusia dan NATO, yang dipanggil sebagai ‘Barat Kolektif’.Rusia tidak pernah meninggalkan proses rundingan. Masalahnya adalah Ukraine bukanlah perunding bebas dalam proses ini, tetapi hanya menyiarkan apa yang dikatakan oleh sekutu Barat kepada mereka.
Jika Ukraine bersedia mencadangkan agenda rundingan yang bebas daripada pengaruh Barat dan berasaskan kepentingan negara sendiri, Russia juga bersedia mempertimbangkan kemungkinan proses rundingan selanjutnya.Sukar untuk dijelaskan sebab ini bergantung apabila Ukraine menyedari rundingan damai adalah cara yang terbaik.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Russia raih RM433.1b eksport bahan apiEU jadi pengimport utama bahan api fosil Russia
Read more »
Russia bans 29 British journalists, along with defence figuresMOSCOW, June 14 — Russia has banned dozens of British journalists, media representatives and defence figures from entering the country, the foreign ministry said in a statement...
Read more »
Imigresen beri kerjasama kepada SPRM berhubung penahanan 7 penguat kuasa | The Malaysian InsightJabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan kakitangannya yang didapati salah guna kuasa, kata ketua pengarah.
Read more »
Imigresen tidak kompromi pegawai salah guna kuasaMereka ditahan disyaki terlibat aktiviti pengeluaran pas dan dokumen imigresen secara tidak teratur serta dituduh melindungi warga asing.
Read more »