DI luar nampak gagah dan maco. Namun, dalam bilik rawatan, terus hilang kejantanannya apabila teresak-esak di depan doktor wanita.
DI luar nampak gagah dan maco. Namun, dalam bilik rawatan, terus hilang kejantanannya apabila teresak-esak di depan doktorItu pengalaman dilalui Dr. Amimy Izeanis Amran di kliniknya ketika merawat seorang pesakit yang mengalami kemurungan.
Puncanya, dia kehilangan anak bongsu berusia dua tahun. Sepanjang dua tahun selepas kematian anaknya itu, tidak pernah sekalipun dia menunjukkan kesedihan di depan anak-anaknya yang lain termasuk isterinya. Sebagai lelaki, dia tidak mahu menggambarkan dirinya lemah. Dia mahu sentiasa nampak kuat di depan semua orang.
Akibatnya, dia mengalami simptom emosi terpendam hingga tidak sedar dirinya menyimpan perasaan tersebut dalam tempoh begitu lama lantas menyebabkan tekanan serius.
“Sebab orang lelaki punya penetapan minda seolah-olah sudah diprogram sejak kecil yang dia kena kuat, kena tahan apa juga cabaran atau dugaan. “Berbeza dengan wanita, mereka tidak ‘pandai’ menyembunyikan tekanan mental dihadapi hingga ada yang bunuh diri kerana sudah tidak tahan menanggungnya,” kata Pegawai Perubatan Keluarga, KPA Healthcare Sdn. Bhd. itu dalam ceramahnya sempena program Distinguished Gentleman’s Ride 2026 di ibu negara, baru-baru ini. Sikap suka berdiam diri atau menyembunyikan masalah apabila mengalami kemurungan atau burnout adalah bahaya.
Biasanya gejala ini bukan dihadapi dalam sehari dua sebaliknya sudah terkumpul dalam tempoh begitu lama. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka menangguh untuk mendapatkan rawatan. Ia semacam tabu bagi lelaki!
“Sesama lelaki termasuk doktor pun mereka malu untuk bercerita kerana tidak mahu menunjukkan kelemahan dengan jantina sama. Sebagai doktor di klinik, beliau juga adalah orang pertama ditemui pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kanser prostat sebelum dirujuk ke hospital. Pesakit ini biasanya enggan mengakui sedang mengalami masalah kesihatan yang serius. Insomnia, kerap gastrik, sakit kepala dan kadang-kadang mati pucuk merupakan tanda-tanda awal kanser prostat.
“Saya pernah ada seorang pesakit berusia 50-an yang cuma beritahu kerap sakit kepala, pening. Bila periksa lebih lanjut, darah merah rendah tapi masih tidak mahu menceritakan simptom-simptom lain dihidapnya.
“Namun, apabila isteri pegang bahu dia sambil pujuk, barulah dia beritahu ada kencing berdarah. Nak beritahu saya pasal ini pun dia rasa tidak selesa, mungkin dia ingat boleh sorok daripada saya,” ceritanya. Justeru, beliau berpandangan yang penganjuran program seperti DGR amat dialu-alukan khususnya kepada golongan lelaki untuk mendapatkan kefahaman serta berkongsi mengenai kanser prostat dan masalah kesihatan mental. Selain itu, mereka lebih terbuka untuk luahan kerana ada komuniti yang lebih memahami.
Objektif program tahunan anjuran Doplohtiga disokong Naked 13, Rosco KL dan Triumph Petaling Jaya itu adalah mengutip dana bagi kajian kanser prostat selain memberi kesedaran mengenai kesihatan mental dalam kalangan golongan lelaki. DGR 2026 diadakan serentak di 1,070 bandar di seluruh dunia termasuk Georgetown, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka, Sandakan, Sibu selain Kuala Lumpur yang sudah masuk tahun ke-15 penganjurannya.
Saya dan keluarga turut menyertai DGR 2026 bersama Auto Bavaria Ara Damansara diketuai Ketua Jualan BMW Motorrad, Ahmad Faisal Mustafa. Seawal pukul 8 pagi, kami sudah berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada hari itu, pekarangan stadium meriah dengan kehadiran lebih 600 penunggang serta pembonceng motosikal kebanyakannya model klasik dan vintaj pelbagai jenama. Mereka berpakaian kemas serta bergaya ala gentleman mencuri tumpuan orang ramai yang sedang beriadah dan tidak mensia-siakan peluang merakam gambar dan video.
Selesai taklimat keselamatan dan bacaan doa, kami memulakan konvoi menuju Heritage Valley di mana pelbagai aktiviti diadakan. Alhamdulillah, konvoi sejauh 40 kilometer melalui Jalan Barat, Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang , Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur , Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Medan Tuanku Utama dalam keadaan cuaca yang sangat baik serta perjalanan lancar. Di Heritage Valley, selain ceramah kesihatan, juga didirikan beberapa gerai menjual makananan, minuman, pakaian dan perhiasan.
Turut diumumkan pemenang pakaian terbaik lelaki dan wanita iaitu Muhd. Firdaus Radzi dan Shaffa Ayunishah. Pada DGR 2026 Kuala Lumpur, kira-kira RM10,200 berjaya dikumpul untuk digunakan bagi aktiviti kesedaran kesihatan mental lelaki dan tabung kajian kanser prostat. DGR bukan sekadar berhimpun dengan rakan-rakan yang meminati jentera dua roda.
Malah, ia menjadi aktiviti untuk saya, isteri serta anak-anak mengeratkan ikatan kekeluargaan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bukan hanya pada wajah, bintik hitam boleh muncul di seluruh badanRamai menganggap bintik hitam hanya berlaku pada wajah, namun masalah kulit itu sebenarnya boleh muncul di pelbagai bahagian badan.
Read more »
Lelaki melecur 50 peratus letupan gas memasak di Alor GajahSeorang lelaki melecur kira-kira 50 peratus pada anggota badan selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian letupan gas memasak di sebuah rumah di Taman Baiduri, Kuala Ina di sini, hari ini.
Read more »
Ugutan jenayah: Lelaki direman di RanauRANAU: Seorang lelaki berusia 31 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah dipercayai ditujukan kepada ahli keluarganya di Kampung Debut Langsat, di sini.
Read more »
Polis kesan tiga lelaki samun kedai runcitKejadian samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor di Ipoh pada 31 Mei lalu.
Read more »




