Kangar Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin tiba di Pejabat SPRM Perlis bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penerimaan RM90 juta dana 1MDB oleh UMNO.
Hashim tiba di perkarangan Bangunan Persekutuan Kangar dengan menaiki Proton Saga warna putih ditemani isterinya, serta tiga anggota Jabatan Amal PAS.
Selain Hashim, Exco PAS, Nasir Daud turut dipanggil bagi memberi keterangan membantu siasatan SPRM di Kelantan. Sementara, 8 Februari lalu, bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa turut hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi kes sama. Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull namun beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan kes berkenaan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Murysidul Am Pas dipanggil SPRMKANGAR 1 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk diambil keterangan dipercayai berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.
Read more »
Setiausaha agung PAS dipanggil beri keterangan ke SPRMPada 24 Feb, SPRM dilaporkan berkata setakat ini ia tidak mengesan transaksi dana RM90 juta disyaki daripada 1MDB dimasukkan ke dalam akaun PAS.
Read more »
SPRM beku akaun bank, rampas aset pemimpin PASSURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank serta merampas beberapa aset termasuk kereta mewah disyaki milik pemimpin PAS.
Read more »
SPRM beku akaun bank, sita aset pemimpin PAS, kata sumberSumber berkata SPRM menyita beberapa aset termasuk kereta mewah disyaki milik beberapa pemimpin PAS.
Read more »
Tiada pembekuan atau rampasan oleh SPRM, kata PAS | The Malaysian InsightTakiyuddin beri amaran untuk mengambil tindakan undang-undang.
Read more »