SHAH ALAM: Peruntukan sebanyak RM1.9 bilion dalam Belanjawan 2024 bagi memperkasa syiar Islam di negara ini didakwa tidak akan membawa kepada pembangunan sebenar.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, peruntukan tersebut dilihat lebih kepada pembinaan bangunan yang berunsurkan Islam.
“Kalau bina sahaja masjid tetapi tak digunakan sepenuhnya untuk kembangkan syiar, tidak guna. Maksud syiar Islam itu adalah melaksanakan agama Islam,” katanya dalam sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas ke-69, hari ini. Tambahnya, beliau akan memberikan maklum balas berhubung Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, pada Selasa hadapan.
Terdahulu, Belanjawan 2024 menyaksikan peningkatan sebanyak RM400 juta bagi peruntukan pembangunan hal ehwal Islam, berbanding RM1.5 bilion pada Belanjawan 2023. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah RM1.9 bilion, sejumlah RM150 juta disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Belanjawan 2024 mempercepatkan kemajuan teknologi dengan dasar berwawasan, kata MyIXKUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 telah merangkumi dasar berwawasan yang akan mempercepatkan kemajuan digital dan teknologi di Malaysia, kata bursa Intern...
Read more »
Penyelarasan subsidi agar kerajaan tak bazir wang rakyat, kata AnwarPerdana menteri berkata penyelarasan diumumkan dalam Belanjawan 2024 bukan untuk membebankan rakyat.
Read more »
Pertimbang keperluan khas subsidi diesel di Sabah, SarawakRasionalisasi subsidi diesel yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 menimbulkan kebimbangan kepada penduduk Sabah dan Sarawak
Read more »
Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil: CIDBKUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kont...
Read more »
Belanjawan Johor 2024 fokus kos sara hidup, keselamatan makanan'Kerajaan negeri akan jalin kerjasama erat dengan Pusat untuk memastikan Johor mampu menjadi 'food bank'....
Read more »
Belanjawan 2024: Kesungguhan kerajaan bela nasib mahasiswaPeningkatan peruntukan dari RM15.3 bilion kepada RM16.3 bilion tanda komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan tinggi negara.
Read more »