Ia sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat jika usul undi percaya itu diluluskan.
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan saraan dan kemudahan kepada ketua pembangkang yang setara dengan menteri kanan sekiranya majoriti ahli Parlimen bersetuju dengan cadangan rentas parti dan meluluskan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang.
Faedah kepada ketua pembangkang itu adalah antara tujuh perkara yang dijanjikan akan dilaksanakan oleh Muhyiddin jika undi percaya diluluskan. Katanya, kerajaan juga akan memperkukuhkan reformasi Parlimen dengan memastikan jumlah ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang. Jumlah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga boleh ditambah untuk memastikan semua ahli Parlimen dapat memainkan peranan semak dan imbang yang lebih berkesan menerusi penglibatan mereka dalam jawatan kuasa ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mesyuarat Muhyiddin dengan ketua parti kerajaan Perikatan tamat selepas 2 jam | The Malaysian InsightKetua parti terlibat mengelak daripada bertemu pemberita di luar bangunan Pejabat Perdana Menteri.
Read more »
784 Orang Asli Mukim Bidor positif, 8 maut, kata ketua polis Perak | The Malaysian InsightSaringan dilakukan ke atas 5,165 penduduk di Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding sepanjang tempoh PKPD.
Read more »
Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani dipanggil polis - Utusan Digital'Sekiranya semua yang mengkritik kerajaan ditahan dan disiasat, saya yakin ini hanya menyusahkan pihak berkuasa seperti polis kerana terpaksa menjalankan siasatan terhadap isu remeh.'
Read more »
Ketua Bahagian Bersatu Pekan letak jawatan, kembali sertai UMNO - Utusan DigitalWan Abu Bakar berkata, beliau kembali ke pangkuan UMNO kerana yakin parti itu menjadi tunjang perjuangan orang Melayu dan Islam.
Read more »