'MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap Presiden dan parti Bersatu dengan fitnah dan kezaliman.'
PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini kerana pertuduhan kes rasuah ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi. “MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap Presiden dan parti Bersatu dengan fitnah dan kezaliman,” katanya dalam kenyataan.Semalam, Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan kedudukan beliau sama ada kekal atau tidak sebagai Presiden Bersatu akan ditentukan oleh MPT.
Muhyiddin ditanya mengenai kedudukannya sebagai Presiden Bersatu setelah menghadapi enam pertuduhan di mahkamah termasuk empat dakwaan salah guna kedudukan membabitkan rasuah berjumlah RM232.5 juta. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MPT Bersatu putuskan sama ada saya kekal presiden, kata MuhyiddinMuhyiddin Yassin berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukannya dalam Bersatu selepas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.
Read more »
MPT Bersatu belum putus sama ada Muhyiddin kekal presidenBagaimanapun, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata mesyuarat MPT akan diadakan di Taman Melewar petang ini.
Read more »
Muhyiddin jadi mangsa kerana Melayu pilih Bersatu, kata pemuda Bersatu | The Malaysian InsightWan Ahmad Fayshal juga anggap gabungan Umno dengan PH tidak suci kerana tiada misi besar politik Melayu.
Read more »
Muhyiddin serah kedudukan Presiden kepada Majlis Pimpinan Tertinggi BersatuSetelah menghadapi enam pertuduhan kes mahkamah termasuk empat dakwaan salah guna kedudukan membabitkan rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Read more »
Pendakwaan terhadap Muhyiddin buat Bersatu lebih kukuh, kata timbalan presiden | The Malaysian InsightIa juga jadikan akar umbi lebih bersemangat dalam suasana Perhimpunan Agung Tahunan (PAT), kata Ahmad Faizal Azumu.
Read more »