itmetro Mata wang digital ini dipercayai dicipta pakar komputer dan ia sudah berkembang sejak sedekad lalu.
Itu kriteria mata wang kripto yang sering digunakan untuk transaksi di pasaran gelap seperti membeli bahan terlarang termasuk senjata api. Mata wang digital ini dipercayai dicipta pakar komputer dan ia sudah berkembang sejak sedekad lalu malah semakin digunakan termasuk dalam satu daripada komoditi pelaburan.
Bagaimanapun, sisi gelap mata wang digital ini bermula apabila ia tidak menggunakan mana-mana pihak berkuasa sebagai badan penyelia, malah pengguna A boleh melakukan transaksi kepada pengguna B tanpa menggunakan khidmat institusi kewangan. Akibatnya, mata wang berkenaan menjadi pusat jenayah terancang dan lebih serius, organisasi pengganas turut menggunakan sistem berkenaan untuk melakukan pemindahan dana memandangkan ia tidak meninggalkan jejak forensik.Urus niaga mata wang kripto tidak dikawal selia oleh bank pusat atau agensi penyelia kewangan yang dilantik, sekali gus meletakkan pengguna dalam risiko yang besar tanpa disedari. Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia , Siraj Jalil berkata, mata wang ini adalah berbentuk mata wang maya dan ia digelar kripto kerana pengaliran wang berkenaan dikawal mesin kriptografi. Beliau berkata, mata wang maya ini digunakan secara meluas dalam pasaran gelap termasuk penjualan senjata api memandangkan pihak berkuasa sukar untuk menjejaki forensik digital antara dua pihak. “Ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk menjejak transaksi yang dibuat menerusi mata wang maya. Oleh itu, mata wang jenis ini menjadi pilihan bagi kegiatan jenayah, penjualan atau pembelian barang terlarang seperti senjata api dan dadah. “Lebih membimbangkan apabila penyaluran wang dana kepada organisasi pengganas turut menggunakan medium sama dan ia memberi isyarat jelas bahawa platform mata wang maya ini memberi implikasi negatif yang sangat besar berbanding sudut positif,” katanya kepada #ITMetro, baru-baru ini. Bagi landskap di negara ini, Siraj berkata, hanya wang dikeluarkan dan dikawal Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Bahagian III Akta BNM 1958 yang diiktiraf. Katanya, berdasarkan Seksyen 20 BNM 1958 pula menyatakan bahawa hanya BNM boleh mengeluarkan mata wang di Malaysia dan sebarang bentuk mata wang yang dikeluarkan pihak lain adalah tidak sah. “Mata wang jenis ini yang berasaskan digital sangat terdedah kepada serangan siber dan senario itu sudah berlaku beberapa tahun lalu apabila platform NiceHash kehilangan 4,700 bitcoin bernilai RM260 juta selepas ia digodam individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab. “Aset yang hilang tidak boleh diperoleh kembali kerana ia tidak dilindungi mana-mana insurans seperti sistem kewangan konvensional milik institusi perbankan yang lain. “Platform ini juga jika diterima kerajaan akan meningkatkan kadar rasuah. Bagaimana pihak berkuasa mahu menyiasat transaksi rasuah jika ia dilakukan dalam bentuk mata wang kripto. Siasatan untuk menemui bukti transaksi forensik boleh dikatakan sebagai mustahil,” katanya. Menurutnya, bentuk mata wang ini mempunyai lebih banyak mudarat daripada aspek positif dan MCCA mengharapkan supaya satu bentuk kajian menyeluruh membabitkan semua pihak berkepentingan perlu dilaksanakan termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ringgit mengukuh berbanding dolar ASKUALA LUMPUR 30 Sept. - Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada minggu lepas apabila dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, dipacu oleh sentimen positif terhadap mata wang tempatan itu.
Read more »
Pulau Redang, pulau peranginan pertama jayakan Kempen Pembayaran Tanpa Tunai MyDebitKUALA NERUS 30 Sept. - Pulau Redang menjadi pulau peranginan pertama di negara ini yang menjayakan Kempen Pembayaran Tanpa Tunai MyDebit yang dirintis Bank Negara Malaysia (BNM)
Read more »
AS$790 juta yang diseleweng masuk akaun bank Najib, kata saksi 1MDB | The Malaysian InsightWang itu sepatutnya dibayar sebagai deposit sekuriti kepada Aabar Investment.
Read more »
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar ASRinggit turut diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama. FMTNews
Read more »
China poised to play major role in world leadershipAT this year’s United Nations General Assembly, Chinese Foreign Minister Wang Yi told China’s story as the nation prepared to celebrate its 70th birthday today.
Read more »
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar ASKUALA LUMPUR 1 Okt. - Ringgit rendah berbanding dolar AS semasa urus niaga dibuka hari ini berikutan permintaan lemah terhadap mata wang temptan, menjelang pengeluaran data sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS).
Read more »
