Mudahnya jadi pakar motivasi....
Lagi-lagi kalau kekayaan itu diraih cuma menjual air liur mencanang diri sebagai seorang pakar motivasi.
Perkara ini bukan hal yang lucu kerana jika tidak dipantau, akan wujud lebih ramai ‘pakar motivasi segera’ dan palsu hanya kerana mereka popular dan mempunyai ramai pengikut dalam media sosial.Menurut penerbit dan pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor, dia menyifatkan golongan pempengaruh lebih kepada perkongsian pengalaman mereka dan bukannya ahli pakar.
Menurutnya lagi, pempengaruh seharusnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan atau ada panduan sama ada kandungan itu bersesuaian untuk dikongsikan kepada khalayak. “Menjadi pempengaruh dan artis ini secara tidak langsung menjadi milik orang ramai. Tidak kiralah nak jadi apa pun mesti ada sebab bukan? Jadi kenalah tanggung dengan apa yang dipaparkan. Saya sendiri kena kutuk juga, kalau salah mengakulah,” katanya.Sebagai seorang pakar motivasi yang sudah 45 tahun berada dalam bidang ini, Mohd. Fadzilah tentunya menyedari kedatangan pelbagai pelapis baharu.
“Tak kisahlah penyanyi ke, pelakon ke atau pempengaruh, jika dia ada kelebihan dari segi pengalaman dalam bidang perniagaan misalnya, dia boleh kongsikannya dengan orang ramai,” katanya. “Tapi itulah, maaf cakap, kalau ada yang rasa cuma perlu bersandarkan pada cantik, kacak, glamor, dan popular, itu bukan syarat utama untuk jadi pakar motivasi. Betulkan semula niat itu,” katanya.Berbekal pengalaman 25 tahun sebagai pakar motivasi, penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Fazley Yaakob menyifatkan seorang pakar motivasi perlu memahami konteks komunikasi yang efektif.
“Tanpa teknik motivasi sempurna, seseorang itu akan ‘langgar’ sahaja dan akibatnya, mereka sampaikan motivasi kepada orang tua sama seperti layanan mereka kepada kanak-kanak. Begitu juga sebaliknya,” katanya. “Saya tidak menyokong cara memberi motivasi yang tidak mengikut adab ketimuran. Kerana itu, perlunya seseorang pakar motivasi memahami aspek tersebut secara lebih mendalam,” ujarnya.Pelakon dan pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi, berpendapat tidak salah seseorang itu untuk berkongsi cerita mengenai kejayaan tetapi sebaiknya perlulah mempunyai ilmu pengetahuan sebelum berbicara.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Permintaan tinggi pekerja kemahiran digital - Utusan DigitalPengusaha mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah kategori ‘non-essential’ itu paling terkesan akibat sekatan ekonomi dan pergerakan di bawah PKP berterusan.
Read more »
Identiti Digital Nasional manfaatkan pengguna - Utusan DigitalKalau mudah digunakan segenap lapisan masyarakat, tiada isu rakyat tidak boleh terima.
Read more »
Pusat akhlak Batu Gajah sekali lagi kena PKPD - Utusan DigitalPusat itu yang dibuka sejak 1902 sebagai Kinta Prison pernah dilaksanakan PKPD dari 14 Februari sebelum disambung sampai 13 Mac lalu dengan merekodkan 457 kes Covid-19.
Read more »
PBS yakin PN masih dalam keadaan ‘selamat’ - Utusan DigitalPresiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pengumuman khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu merupakan petanda jelas bahawa kerajaan memerintah masih berada di kedudukan yang selamat.
Read more »
Kelly naik satu anak tangga - Utusan DigitalKelly berkongsi tangga ke-48 selepas tiga hari pusingan. Dia akan turun pada hari terakhir esok dengan misi memperbaiki catatan di Rio 2018 iaitu di kedudukan 51. DemiMalaysia sokongMalaysia olimpik2020
Read more »
27 universiti Asia Tenggara kerjasama tangani Covid-19 - Utusan DigitalInisiatif yang dirancang oleh pihak universiti, kerajaan dan industri itu sebagai usaha berkongsi hasil kajian penyelidikan bagi membantu pembuat polisi merangka penyelesaian terbaik bagi fasa pemulihan Covid-19.
Read more »