Kota Kinabalu: Seorang mualaf berusia 33 tahun yang membuat komen menyinggung di Facebook berhubung kalimah “Allah” pada sarung kaki yang menghina umat Islam, dihukum penjara enam bulan dan didenda RM15,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda itu.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu ke atas Ricky Shane Cagampang, yang memeluk agama Islam dua tahun lalu, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Khamis.Ricky menyiarkan hantaran jelik itu pada 17 Mac, jam 12.05 tengah hari menerusi Facebooknya.
Ketika menjatuhkan hukuman itu, Amir antara lain berkata, beliau bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dalam kes seperti ini, faktor kepentingan awam menjadi keutamaan mahkamah sebagai penjaga masyarakat.“Semua orang sedia maklum bahawa Islam adalah agama persekutuan manakala agama lain juga boleh diamalkan di negara ini dengan aman dan harmoni. Dan majoriti penduduk negara kita beragama Islam.
“Dalam mitigasi bertulisnya, tertuduh menyatakan dia telah memeluk Islam daripada agama Kristian pada Mac 2021. “Kes seperti ini harus dihukum berat kerana dalam dunia tanpa sempadan ini, semua orang boleh menyuarakan pendapat mereka dengan mudah melalui media sosial. Dan undang-undang juga tidak menghalang sesiapa untuk menyuarakan pendapatnya, tetapi ia mestilah berdasarkan sekatan undang-undang yang sedia ada.
Ketika merayu hukuman ringan, Ricky mendakwa dia hanya mengulas hantaran yang dibuat oleh Facebook New Straits Times dan langsung tidak menyedari bahawa hantaran dan komennya mempunyai kesan serius yang boleh menyebabkan dia didakwa di mahkamah.“Tindakan melulu saya membuat komen dan hantaran sedemikian adalah sia-sia dan reaktif berdasarkan emosi saya semata-mata semasa membalas komen dan hantaran orang lain.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
‘Allah’ socks issue: Sabahan sentenced to six months of jail for insulting Islam on FacebookKOTA KINABALU, March 21 — A Sabahan Muslim convert was sentenced to six months in jail for insulting Islam on a Facebook page today. The 33-year-old property negotiator, Ricky...
Read more »
Man jailed six months, fined RM12k over ‘insulting’ Facebook posting on ‘Allah’ socks issueKUALA LUMPUR, March 22 — A 35-year-old man pleaded guilty in the Sessions Court here today over a social media post related to socks with the word “Allah” that was recently...
Read more »
Man jailed six months, fined RM12,000 over ‘insulting’ Facebook posting on ‘Allah’ socks issueKUALA LUMPUR, March 22 — A 35-year-old man pleaded guilty in the Sessions Court here today over a social media post related to socks with the word “Allah” that was recently...
Read more »
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan perlembagaan BersatuKUALA LUMPUR: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perle...
Read more »
AGC belum buat keputusan berhubung representasi Inspektor Sheila untuk batal pertuduhanKUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum membuat keputusan berhubung representasi yang difailkan pegawai polis berpangkat Inspektor diken...
Read more »
Pekerja hotel ditahan berhubung pembunuhan wanita Uzbekistan di Selatan IndiaNEW DELHI: Polis India telah menahan dua pekerja hotel berhubung pembunuhan seorang wanita Uzbekistan yang melawat hab perniagaan di selatan Bengaluru...
Read more »