Oleh AZLAN RAMLI SETELAH bertahun-tahun mendengar hanya gosip, khabar angin dan ura-ura sahaja, akhirnya terlihatlah bukti yang sangat hampir mengesah...
Olehbertahun-tahun mendengar hanya gosip, khabar angin dan ura-ura sahaja, akhirnya terlihatlah bukti yang sangat hampir mengesahkan ketibaan MPV tujuh tempat duduk, Mitsubishi “Xpander”, ke pasaran Malaysia.
Xpander warna gelap di dalam dua gambar yang tertera di atas dan bawah perenggan ini telah dipercayai diambil pada hari ini, di sebuah fasiliti Mitsubishi Motors Malaysia , mungkin di Shah Alam, Selangor.Beberapa kereta Mitsubishi model-model terbaru juga kelihatan di tempat tersebut. Pihak kami masih belum menerima sebarang maklumbalas atau komen dari MMM, berkenaan foto-foto Xpander tersebut dan juga sama ada MPV ini akan dilancarkan di Malaysia atau tidak, dalam masa terdekat.Di Thailand, Xpander sudah pun dipasarkan sejak beberapa tahun yang lalu.
Mitsubishi Thailand menyediakan tiga varian/pilihan Xpander – GT, GLS-LTD dan yang baru sahaja dilancarkan, Cross. Ramain yang mengatakan varian Cross sebagai “MPV a la SUV”.Xpander dikuasai oleh enjin petrol 1.5-liter, 16 injap, dua camshaft, dengan sistem Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system yang terkini.Kuasa yang dihasilkannya ialah 105hp pada 6,000 pusingan enjin seminit dan tork maksima, 141Nm pada 4,000rpm.
Ciri-ciri keselamatan termasuklah dua beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan, kamera undur, sistem brek anti-kunci dengan sistem agihan brek elektronik serta sistem bantuan brek , kawalan kestabilan elektronik , sistem isyarat henti kecemasan , sistem kawalan kestabilan aktif , sistem kawalan cengkaman , sistem bantuan mula naik bukit , lampu “coming home”, lampu “welcome” dan galang keselamatan tepi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
7-seater Mitsubishi Xpander MPV coming soon?AFTER years of gossip, hearsay and rumours, the seven-seater Mitsubishi Xpander MPV might be launched in Malaysia soon, after all. This one* was spott...
Read more »
7-seater Mitsubishi Xpander MPV coming soon?AFTER years of gossip, hearsay and rumours, the seven-seater Mitsubishi Xpander MPV might be launched in Malaysia soon, after all. This one* was spott...
Read more »
23,955 rakyat Malaysia terkandas dibawa pulang setakat ini | The Malaysian InsightMenteri luar berkata sehingga semalam ada 317 rakyat Malaysia diklasifikasikan terkandas di 37 negara.
Read more »
9 produk kosmetik ada racun berjadualSEMBILAN jenama kosmetik termasuk dua jenama terkenal di Malaysia dikesan mengandungi racun berjadual oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).
Read more »
Thailand sedia bincang selesai aktiviti seludup migranalorsetar Thailand bersedia berbincang dengan Malaysia untuk mencari penyelesaian terbaik dalam usaha menangani isu pemerdagangan manusia yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand
Read more »
Ambil peluang SAG RM100 jutaPERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mempelawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memanfaatkan Geran Automasi Pintar (SAG) bernilai RM100 juta untuk mendorong usaha pendigitalan perniagaan di Malaysia.
Read more »