Bagnaia masih mendahului pelumba lain berbekalkan 389 mata walaupun diekori rapat Martin yang mengurangkan jurang dengan 376 mata.
SEPANG: Saingan merebut kejuaraan MotoGP 2023 antara Francesco Bagnaia dan Jorge Martin akan diheret ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada hujung minggu ini ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan lagi.
Bagnaia adalah penyandang gelaran juara tetapi Martin yang sedang memburu gelaran dunia buat pertama kali mulai memberi cabaran sengit sejak perlumbaan memasuki fasa akhir. Tekanan sama turut dirasai Bagnaia yang melahirkan rasa kecewa selepas menghabiskan perlumbaan di tempat ketujuh di Grand Prix Thailand.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more: