shahalam Lelaki yang mempunyai lebih satu isteri perlu memohon kebenaran polis jika mahu bergerak lebih 10 kilometer (km) radius dari kediaman untuk melawat isterinya yang lain.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata pihaknya akan mempertimbangkan dan meneliti alasan permohonan itu sebelum ia diluluskan atau sebaliknya.
"Seperti prosedur operasi standard digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan , orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti. "Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.
"Saya sebagai Ketua Polis Selangor tak pernah lagi berhadapan kes seperti ini , mungkin Ketua Polis Daerah ada ," katanya pada BH Online, hari ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Fuziah Salleh mohon bicara kes sebar berita palsu | The Malaysian InsightBeliau sebelum ini disiasat berhubung klip didakwa kononnya rakyat Malaysia di Singapura merempuh kawalan pihak berkuasa imigresen.
Read more »
Lelaki ditahan toreh pipi wanitajohorbharu 'Kami turut merampas pisau digunakan suspek. Hasil semakan mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.' -Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Read more »
Muka wanita ditoreh lelaki tidak siuman di Johor Baru | The Malaysian InsightKejadian berlaku pada jam 3.30 petang apabila mangsa yang berusia 20 tahun berada di depan rumahnya sebelum dihampiri seorang lelaki.
Read more »
Lelaki jalan pulang ke Kelantan kuarantin diriTanahMerah Lelaki yang pulang ke Kelantan dengan berjalan dari Ipoh mengambil inisiatif untuk kuarantin sendiri di rumahnya di Kampung Air Gatal, Tanah Merah.
Read more »
Fuziah kesal jika tuduhan sebar berita palsu bersifat politikKatanya, beliau akan terus pertahankan kebenaran dan haknya serta pastikan hak itu akan terserlah jua. FMTNews Covid19
Read more »
Kedai runcit belum buka...PENDUDUK Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) mula keluar untuk mendapatkan barangan keperluan dan urusan bank selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan semalam.
Read more »